Posts

Showing posts from July, 2012

Switzerland@Interlaken Ost_Mei, 18, 2012

Image
Berbaloi kami berlari mengejar train sebelum jam 8.30 malam. Mengah?? Apa lah makna percutian kami kalau tak berpeluh dan penat dengan berlari dan mengejar train mahupun tram atau bas :)... Perjalanan menuju ke Interlaken Ost hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Walaupun sebelum menaiki keretapi ini, kami memang kepenatan, mata tak sanggup nak lena. Kenapa? Teruja sangat dengan pemandangan tasik dan juga gunung salji yang sangat jelas memutih. Sesampainya di Interlaken Ost, gunung ganang bersalji makin jelas kelihatan dan seperti memagari kawasan ini. Suhu makin sejuk. Suasana juga makin sunyi. Bukan sunyi, aman sebenarnya.  Sekali lagi, berjalan kakilah kami mencari Youth Hostel. Dalam websitenya tulis "next door" to Interlaken Ost Station. Jenuh juga mencari, rupanya hostel ini berada di sebelah bangunan yang dalam pembinaan. Disekitar hostel baru ini sendiri pun belum kemas sepenuhnya. Kami dikira merasmikan bilik yang disewa sebab hostel in...

Switzerland@Bern_Mei, 18, 2012

Image
Bern wajib dilawati kalau anda datang ke Switzerland. Kenapa? Bacalah entri ini sehingga habis.  Bern atau Bern digelar juga Berne, Berna dan Bärn mengikut bahasa German, Italian dan French. Sejak 1983 bahagian tertua bandar ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bern juga turut diiktiraf antara 10 bandar di dunia yang mempunyai kualiti hidup terbaik. Menurut lagenda, nama bandar ini diperoleh apabila pengasas Bern iaitu Duke of Zähringen berikrar untuk menamakannya dengan nama beruang, haiwan pertama yang ditemui ketika berburu. Sepanjang berada di bandar ini, kami hanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang nak dilawati. Kalau anda bercadang nak datang ke bandar ini, pakailah kasut yang sesuai sebab bentuk muka bumi bandar ini berbukit. Sebab itulah, waktu nak berpatah balik ke stesen keretapi, kami naik bas sebab dah tak larat sangat nak menapak jauh di kawasan berbukit. Old Town (Altstadt) Bandar ini sangat santai da...