Posts

Showing posts with the label Sweden

Autumn bakal menyusul tiba...

Image
Sejak seminggu ni suhu makin sejuk. Dedaunan di pokok pun dah banyak yang bertukar warna kekuningan. Mungkin tak sampai hujung bulan Ogos dah masuk musim luruh. Satu pemandangan yang luar biasa dari negara kita adalah, di sini langitnya kelihatan sangat rendah. Bila cuaca cerah, awan bergantungan kelihatan sangat jelas. Apabila mendongak ke langit biru, boleh dilihat awan bergerak begitu pantas. Boleh jadi keliru apabila mendongak ke bangunan tinggi kerana seolah-olah bangunan tersebut yang bergerak. Begitu juga apabila bulan muncul di dada langit ketika malam. Nampak sangat rendah dan besar. Kenapa fenomena ini berlaku? Kerana bumi ini bulatkah seperti yang di claim oleh Nicolaus Copernicus? Gambar pemandangan di hadapan bangunan rumah kawan aku. Ini adalah alat mengukur suhu. Diletakkan di luar tingkap rumah.

Mungkin inilah yang terakhir kalinya.....

Image
Makan sushi buatan anak Melayu yang membuka restoran sushi di Aspudden. Nama restoran beliau Aspuddens Sushi. Hanya beliau dan isteri yang bekerja di restoran ni kerana untuk mengaji pekerja, bayarannya sangat tinggi. Pertama kali dalam hidup la ni makan sushi. Walaupun selepas makan yang pertama ni rasa macam tak akan makan lagi dah, tapi kira bangga juga la aku boleh habiskan 6 ketul sushi ni. Dua ketul sushi ikan salmon, satu sushi telur, satu sushi dengan avocado dan dua sushi campuran avocado dan salmon. Wasabi dia...fuyooo, perit sampai ke hidung wooo bila dah masuk dalam kerongkong. Kira not bad juga la rasa sushi. Selama ni ingat makan ikan mentah tu hanyir gila, tapi rupanya tak. Mungkin kerana salmon kat sini segar.

Stockholm Pride

Image
Secara tak sengaja termasuk dalam perarakan besar-besaran di Stockholm, semalam. Tujuan masuk ke bandar untuk naik bas ke KI, tapi jalan untuk kenderaan termasuk bas dah ditutup untuk memberi laluan kepada parade yang saban tahun diadakan ni. Orang memang ramai gila. Perarakan apakah ini? hmmm...secara ringkas ianya perarakan berkaitan homoseksual. Kalau nak tahu cerita lanjut, cari sendiri la. Tapi, lebih afdal kalau tak cari.

October 10, 2008_Karolinska Institutet @ Sweden

Image
Pertama kali terdedah dengan suhu sejuk melampau, badan aku memang tak boleh nak sesuaikan diri. Balik dari Riga, terus demam. Cuaca kering menyebabkan kulit muka aku mengelupas teruk. Sendiri pun takut nak tengok. Macam kulit bayi yang mengelupas. Terpaksa beli krim muka cap CD atas kapal ke Riga itu hari sebab lotion muka yang aku pakai memang tak mampu melindungi kulit muka dari kekeringan yang melampau. Pulak tu, pedih bila dipakai. Aku agak antara puncanya sebab terlalu terdedah dengan angin yang mengeringkan semasa lepak di dek kapal. Hari ini dah rasa sihat sikit, aku rancang nak pergi ke Karolinska Institutet (KI), tempat Qory belajar. Kawan aku ini sudahpun memulakan pembelajarannya sebaik sahaja balik dari Riga. Tinggal la aku seorang diri di bilik penginapan. Selepas memasak nasi goreng buat bekalan keluar nanti, aku pun memulakan perjalanan ke KI seorang diri. Dengan petua perjalanan yang diberi olehnya, aku pun naik bas dari Lappkärrsberget hingga ke Sveaplan. Di Sveaplan,...

Oct 12, 2008_Skansen @ Sweden

Image
Hari ni cuaca sangat cerah. Matahari memancar, namun, cerah bukan bermaksud panas. Baju panas yang tebal itu masih perlu dibawa sebaik sahaja melangkah keluar dari bangunan kami menginap ini. Di sinilah tempat penginapan Qory. Tempat ini khusus untuk pelajar. Aku teringin sangat nak posing di atas dedaunan bewarna kuning dan coklat yang berguguran di atas tanah ini. Tapi sayangnya, hasrat tak terlaksana. Historika Museet yang terletak berhampiran tempat penginapan Dari bilik, kami hanya berjalan kaki ke stesen universititet tunnel bana Destinasi kami pada hari Ahad ini adalah ke Skansen iaitu sebuah muzium terbuka dan zoo Sweden yang terletak di pulau Djurgården. Muzium ini diasaskan pada tahun 1891 oleh Artur Hazelius (1833-1901) untuk mempamerkan cara dan gaya hidup penduduk Sweden dari bahagian yang berbeza sebelum era industri. Sejarah muzium ini bermula apabila tempoh perubahan paling besar yang berlaku pada abad ke-19 di Eropah dan Sweden tidak terkecuali. Kehidupan ked...

12 July 2010_Sweden @ Malmö

Image
Malmö, sebuah daerah yang terletak di wilayah Selatan Scania, merupakan bandar ketiga yang paling padat penduduknya selepas Stockholm dan Gothenburg. Selepas mengemas dan bersarapan, kami check-out dari hotel Ibis. Perjalanan pertama kami adalah mencari kilang coklat Malmö yang khabarnya telah bertapak sejak tahun 1888. Dengan membayar parking untuk jangka masa 2 jam, kami berjalan mencari kilang tersebut berpandukan peta yang diperoleh dari hotel. Jauh juga jarak kilang ini dari tempat kereta kami diparkir. Kilang ini nampak besar, tetapi pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan pembuatan coklat. Kami hanya boleh masuk ke dalam butik coklat sahaja. Di sini, ada coklat pelbagai jenis rupa, saiz dan perisa. Harganya memang mahal. Setakat nak rasa sebiji dua tu mampu la nak beli. Masa dihabiskan di butik coklat ini tidak lama kerana perut mula berkeroncong. Sasaran kami seterusnya adalah cari kedai makan Thai. Rasa macam dah lama benar tak makan nasi. huhu... Setelah berjaya ...