Hilang luggage?
My colleague asked me, what shall we do if our luggage did not arrived in the airport? Hmmmm...soalan beliau membuat aku terdiam sejenak. Cuba fikir info yang aku pernah baca sebelum ini tetapi tidak banyak membantu beliau. Maksudnya, aku tidak dapat memberi secara detail langkah-langkah yang perlu diambil apabila menghadapi situasi sedemikian. Beliau bertanya bagi pihak kenalan keluarga yang fly dari Malaysia ke Melbourne dengan menaiki Emirates Airlines . Luggage mereka tidak tiba seperti yang sepatutnya. Kesian, semua keperluan penting seperti pakaian dan ubat-ubatan berada di dalam beg tersebut. Setakat beberapa kali aku travel samada dalam atau luar negara, belum pernah lagi la terjadi perkara sebegini. Tetapi, tidak mustahil ianya boleh terjadi kan? Sesiapapun tentu cuak apabila beg tak muncul-muncul di conveyer belt, betul tak? Makanya, aku pun mula mencari info apa yang perlu dilakukan sekiranya luggage kita tak sampai ke destinasi yang kita tuju. Apakah hak-hak kita sebag...