Posts

Showing posts with the label Denmark

11 July 2010_Copenhagen.Denmark

Image
Lepas bersarapan di hotel, kami naik train pukul 10 pagi ke Copenhagen. Dari sini, hanya 2 stesen ke Copenhagen Central Station yang merupakan station keretapi terbesar di Denmark. Sampai di sana, kami hanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Tak jauh dari station ni, kami jumpa Hard Rock Cafe. Wajib singgah untuk tambah koleksi baju Hard Rock Cafe! Jalan dan jalan lagi..jumpa pula Tivoli Gardens atau hanya dikenali dengan nama Tivoli. Ini adalah taman hiburan yang sangat terkenal di Copenhagen. Taman ini dibuka pada 15 Ogos 1843 dan merupakan taman hiburan kedua tertua di dunia selepas Dyrehavsbakken berdekatan Klampenborg. Bagi menjimatkan masa, kami putuskan untuk bergambar diluar sahaja. Depan taman ini ada perkhidmatan bas Hop-in Hop-off. Selepas pertimbangkan kemungkinan membazir sahaja kami membeli tiket, keputusan muktamad dibuat. Jom berjalan kaki! Di Denmark ini pun ada street performance. Mungkin ianya telah menjadi pekerjaan biasa di negara Eropah. Gambar yang ...

10 July 2010_Billund.Skagen

Image
Orang kata, kalau dah sampai ke Denmark, tak sah kalau tak melawat Legoland. Ada juga yang berkata, pergilah Legoland kalau korang menyokong Yahudi! Tepuk dada, tanya niat...niat aku, hanya ingin menambah pengalaman. Apa yang menariknya di sini sampai kan jadi syarat sah bila datang ke Denmark? Maka, atas sebab itulah kami berada di Billund sekarang ini. Check-out dari hotel pukul 10am. Bila tengok kami dah siap angkat beg, owner hotel ni macam dah berubah muka sebab kami tak bersarapan dulu. Lepas terangkan kat dia yang kami nak hantar beg ke kereta dulu, baru dia senyum dan terus siapkan meja untuk kami. Menu yang dihidangkan, roti dan danish cheese, buah, jus oren dan air teh. Perjalanan dari hotel ni ke Legoland dalam 20 minit. Kami antara yang terawal sampai. Waktu ini, matahari dah memancar terik. Siap telan panadol sebelum masuk. Bayaran parking memang mahal giler, DKK 50. Tiket masuk pula, DKK 350 seorang. Cuma yang tak bestnya, bila nak masuk tempat seperti tayangan video 4D...