04 July 2010_Jejak Al-Hambra (Final) @ Albaicín
Leganya dapat duduk dalam bas sambil makan ais krim. Perjalanan dari Al-Hambra ke Albaicín ini tidak lama. Jalan yang dilalui oleh bas ini sangat mencabar. Menaiki bukit dan melalui lorong kecil di celah-celah bangunan. Adakalanya, rasa macam ngeri untuk buka mata. Kami sebenarnya tidak pasti perlu turun di mana. Ketika seorang penumpang turun, kami pun ikut. Tercangak-cangak, tidak tahu perlu ikut jalan mana satu. Apabila nampak seorang lelaki lalu sambil memegang peta, kami putuskan untuk mengekori dia. Mesti pelancong ni nak cari tempat yang kami juga nak pergi. Alamak! Lajunya dia berjalan. Entah macam mana kami boleh hilang jejaknya. Banyak sangat lorong di celah bangunan rumah. Ke kiri atau kanan? Seram dan ngeri mula timbul kerana kawasan ini sangat sunyi. Sepanjang jalan sejak turun dari bas tadi, hanya seorang dua manusia yang kami temui. Sesekali terdengar salakan anjing. Tengah-tengah keliru tu, berjumpa dengan sepasang suami isteri (agak kami la kan). Setelah pasti mereka ...