Posts

Showing posts with the label Latvia

08 Oktober 2008_Riga.Latvia

Image
Biological clock berfungsi mengikut kebiasaan di Malaysia. Belum pukul 7 pagi kami dah bangun dan lepak di deck. Suasana masih sunyi sepi. Penumpang lain masih enak dibuai mimpi. Sempat la kami melihat matahari terbit. Cantik sangat. Pukul 9.30 pagi, kami selamat berlabuh di Frihamnsterminalen. Cuaca di Stockholm masih sama seperti hari kami bertolak ke Riga. Hujan renyai-renyai yang menambahkan lagi kesejukan. Terketar-ketar dah badan ni. Hidung pun mula la berair. Terpaksa berjalan dengan laju untuk menghilangkan kesejukan melampau dengan suhu 4 darjah celcius. Ggrrrrrrrrrrrrrrr......

07 Oktober 2008_Riga.Latvia

Image
Selamat berlabuh di Riga pada pukul 9.30 pagi. Kami hanya ada masa lebih kurang 7 jam sahaja untuk melawat bandar Riga sebelum naik kapal semula petang nanti. Berpandukan peta yang ada di tangan, kami memulakan perjalanan. Di sini, cuaca agak berbeza dengan Stockholm. Walaupun matahari memancar terang, masih terasa sejuk. Latvia, yang berada di bawah kekuasaan Soviet Union mendapat kemerdekaan pada tahun 1991. Terletak di pantai Baltic, Latvia merupakan negara dengan dataran rendah yang membekalkan kayu hutan terbesar bagi industri pembinaan dan pembuatan kertas. Persekitaran negara ini juga kaya dengan hidupan liar. Riga merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Latvia. Ditubuhkan pada tahun 1201, Riga merupakan bandar terbesar di antara tiga negara Baltic (3 negara Northern Eropah iaitu Estonia, Latvia dan Lithuania) dan ketiga terbesar di antara Baltic Region selepas Saint Petersburg dan Stockholm. Riga terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh Sungai Daugava iaitu Vecrig...