Posts

Showing posts with the label Rapik

Birthday lagi...

Image
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hobi

Image
Aktiviti hujung minggu.

Terkenang la pulak...

Image
Tengah-tengah mengemas, terjumpa tiket bas ekspres ni kat celah buku. Wahh, tiket ni dah berusia hampir 12 tahun. Masa tu, harga tiket RM6 sehala. Sekarang tak tahu la dah naik berapa ringgit. Lama dah tak naik bas balik ke kampung. Hmm rindu pulak kenangan masa tu... Published with Blogger-droid v1.7.4

Family gathering_@_Aidilfitri 2011

Image
Yes! Berjaya juga BBQ yang dirancang. Untuk permulaan ni, menu tak banyak. Alhamdulillah, kebanyakan makanan disediakan, licin. Coleslaw habis Ikan patin laris Ayam & daging perap dengan sos buatan sendiri. Gamble je pakai resepi dari internet. Nasib baik menjadi. * Daging tak sempat ambik gambar, dah selamat.. Fries pun licin Dah tinggal 4 ketul potato wedges ni. Nasib baik sempat snap gambo... Air punch pun cukup-cukup je Tak termasuk dalam gambar adalah nasi goreng cina, nasi dagang, daging & cocktail. Tahun depan boleh buat lagi. Ke, raya haji pulak? :-)

Selamat Menyambut Ramadhan 1432H

Buat semua sahabat beragama Islam, selamat menjalani ibadah puasa bagi tahun 1432H. Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang oleh-NYA untuk berada di dalam bulan yang mulia ini. Semoga ibadah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyaallah....

Gempa!

Image
Pagi yang tak berapa nak cerah ini dikejutkan dengan gegaran bangunan secara tiba-tiba. Rupanya Sumatera Utara dilanda gempa bumi lagi. Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia Gegaran pertama dirasai lebih kurang pukul 8.15 pagi. Semua anggota jabatan diarahkan untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran pejabat. Setelah pasukan bomba mengesahkan selamat untuk kembali ke tempat masing-masing, barulah kami masuk. Credit gambar untuk Zuriana. TQ Zu! Namun, tak sampai dua jam duduk menghadap kerja, gegaran sekali lagi dirasai. Kali ini lebih kuat dan lama. Tak lama kemudian, announcement bergema, mengarahkan semua anggota sekali lagi berkumpul di luar bangunan. Kalau di sini pun sudah terasa begini gegarannya, bagaimana tempat yang dilanda gempa bumi itu sendiri?

Silly Mistakes

Rasa macam nak tampar muka sendiri apabila... A : Kesian kak dot..dot..dot nak uruskan semua sendiri Aku : Takkan la suami dia tak ambil tahu kak? *** Ayat bangang tu keluar dihadapan anak lelaki tersebut yang sedang terlantar sakit di hospital. Grrrrr...rasa macam nak hantuk kepala kat dinding :/ *** B : Cantik seluar.... Aku : Oh! Dah lama beli tapi segan nak pakai. Rasa macam vogue dari cikgu *** Ayat kedua bangang untuk hari yang sama **** *** Perkataan vogue tu sinonim dengan si "B" *** Arrrggggg...apasal hari ini keluar ayat-ayat bodoh camni? ****** Ampunnn.. i didn't mean it !

Test skill la konon...

Image
Mangsa-mangsa bidikan kamera ku.

Tak ada kerja

Image
Tengah bosan tunggu kereta siap di service...

Test skill fotografi

Image
Inilah dia model aku hari ini. Pokok buluh dan pokok limau kasturi penghias taman balkoniku...

Gambar ajee??

Image

Reunion selepas 16 tahun

Image
Wahhh, seronoknya jumpa ex-schoolmates selepas 16 tahun meninggalkan alam persekolahan. Selepas tempoh itu, semalam buat julung kalinya majlis perjumpaan semula diadakan. Ringkas aje majlisnya. Buat di Restoran Nelayan Titiwangsa dengan bayaran RM29 untuk menu steamboat. Tapi makannya tak sampai harga macam tu pun. Kenyang dengan gelak ketawa dan bermacam cerita yang dikongsi. Ni aje yang masuk dalam perutku 16 tahun, macam-macam yang telah dilalui. Tak cukup masa 2 jam untuk tahu semua cerita masing-masing kan. Tak apa, ini adalah permulaan. Lain kali boleh buat lagi. Wajah-wajah comel generasi baru... Sebelum balik, dapat cenderahati berupa coklat dari kawan aku yang incharge majlis ni. TQ Yus! Kawan aku ni bisnes kencang. Menjahit, menjual kain pasang, tempahan kuih, coklat dan macam-macam lagi kot...

Buat jahat dibalas jahat

Sebuah kisah benar dari seorang kawan.... Satu hari, seorang perempuan ni perasan kereta dia bercalar. Tanpa bukti, dia syak pemilik kereta yang parking sebelah kereta dia punya angkara. Apa lagi, dengan menggunakan kunci keretanya, dia calarkan kereta orang tu sebab nak balas dendam. Minggu depannya..... Kawan aku ni perasan kereta perempuan tu bercalar teruk dari depan sampai ke kebelakang. Bila tanya, kena kat mana? "Masa pergi Jom Heboh.."....hmmm, patut kata apa tu? balasan ke? Moralnya, jangan sesekali buat jahat pada orang. Tak ada bukti, jangan pakai tuduh. Paling tak boleh, buat aniaya kat orang. Zaman sekarang ni, perempuan pun dah sama ganas dengan perangai lelaki (bukan semua lelaki). Bukannya aku tak pernah terkena dengan orang yang buka pintu kereta sampai berdentum ke pintu kereta aku, lepas tu buat selamba. Nak minta maaf? Jauh sekali. Aku sendiri kalau lalu di tepi kereta orang, punya la jaga hand bag atau apa-apa juga barang yang ada di tangan jangan terke...

Badi Berlalu PERGI

Image
Baru aje aku cerita dalam entry ini pasal tuah lucky draw . Tak sangka, buat pertama kali dalam hidup, sangkut juga tuah ini pada aku. Kali ini bukan semua orang dapat. hahaha..walaupun hadiah biasa aje, tapi sangat bermakna. Dapat 1st draw pulak tu. Masa nama diumumkan, aku pun tak dengar sebab leka berbual dengan kawan masa sama-sama belajar di Uitm dulu. Dah lama tak jumpa, macam-macam yang diborakkan. Bila kawan-kawan ucap tahniah dapat cabutan tu, baru aku tahu. Itu pun berkali-kali tanya, betul ke nama aku yang diumumkan?hehehe Elok sangat hadiah yang dapat ni pun. Macam tau-tau aje aku ni suka framekan gambar...:)

Itu memang rezeki aku...

Aku bukanlah seorang yang bertuah dalam setiap acara cabutan bertuah. Seumur hidup, hanya sekali aku pernah dapat hadiah cabutan bertuah. Itupun sebab, semua orang dapat (hanya berbeza barangan). Hahahaha! Kalau tak, jangan haraplah. Tapi, kalau bab makanan, aku akui, memang murah rezeki. Contohnya, peristiwa yang berlaku pada aku hari ini. Semalam, teringin sangat nak makan laksa Johor bila terdengar seorang kawan menyebut tentang makanan ini. Tak apalah, bukan rezeki aku semalam. Tup-tup, hari ini, semasa mesyuarat terhimpun persatuan di pejabat, makanan yang dijamu adalah laksa Johor. Pantas, ucapan Alhamdulillah meniti di bibir. Selalunya, apabila aku teringin nak makan sesuatu, kalau tak hari yang sama, esoknya, mesti aku akan dapat makanan yang diidamkan. Bukan dapat dengan cara aku beli atau masak sendiri, tetapi dari sumber yang tak disangka-sangka. Teringin nak makan bubur nasi, esoknya, ada aje insan berhati mulia sedekah kat aku. Terfikir nak makan nasi lemak, pagi-pagi dah ...

Tak ada "ong"

Aduuhhh, bulan ni macam-macam berlaku kat aku. Bermula dengan tv rosak, patah itu, patah ini, sekarang dapur gas pulak buat hal. Padahal baru aje beli beberapa bulan yang lalu. Semalam, ingat nak memasak, api menyambar dari bawah dapur. Terus cabut kepala gas dan tak berani nak guna lagi dah. Cuba cari dalam internet nombor telefon company dapur cap FABER ni. Alhamdulillah, ada nombornya. Waktu operasi pejabat ni pukul 8.30 pagi. Agak-agak je dah ada staff bertugas, aku pun call buat aduan. Senang hati la sebab operator yang melayan aku tu kata nanti akan ada technician datang repair. Technician akan call dulu untuk set appointment . Sampai setengah hari, habuk pun tarak . Masih bersangka baik, kot-kot petang nanti ada call . Malangnya, tunggu punya tunggu, tak ada terima sebarang call seperti dijanjikan. 3.3o petang, aku call sekali lagi tanya status report . Jawapannya begini : "Oh, kalau buat aduan hari ni, esok baru technician akan call untuk buat appointment dengan cust...

Charlie

Image
Aku sebut tentang serangga ini dalam entry Window Painting . Apa sebenarnya serangga ini? Pada awalnya, nama saintifik serangga ini aku tak tahu. Bahayanya serangga ni kalau hinggap kat badan kita, alamat berkudis dan berair la tempat dihinggapinya itu. Ramai yang dah jadi mangsa. Paling takut kalau kena di muka. Tak pasal-pasal pergi kelas dengan muka bengkak, merah dan bernanah. Ayooo, manyak takut sama itu serangga. Pantangnya pula, serangga ni tak boleh dibunuh macam tu aje. Sebab kata orang, kalau bunuh lagi banyak geng-geng dia datang. Kalau dah tak boleh bunuh, nak buat macam mana? Haaa, ni yang lawaknya. Bila pergi bilik member aku, atas lantai dan dinding biliknya penuh dengan serangga yang dah disalotapekan. Jadi perhiasan la ko Charlie. Hahaha... Okey, khusus untuk entry ini, aku pun try la google nama serangga ni. Ahaa, rupanya wujud pun nama tu di alam nyata. Biodatanya adalah seperti berikut :- Nama Am : Kumbang Rave Nama Saintifik : Class : Insecta Order : Coleo...

Window painting

Image
Situasi : ketika aktiviti mengemas pejabat Aku : Kak, alih la kabinet besi tu dari situ. Kesian saya, tak dapat lihat pemandangan :) Kak N : Ok Tiba-tiba pula, bila tengok tingkap, teringat kenangan ketika menuntut di Uitm dulu. Aktiviti window painting sangat famous waktu tu. Kolej Delima untuk pelajar wanita dan Kolej Perindu untuk pelajar lelaki. Kedua-dua kolej ini terletak berhadapan antara satu sama lain. Cuma, Kolej Perindu ni letaknya atas kawasan berbukit sikit. Apa kaitan kedua-dua kolej ni dengan aktiviti window painting ? Window painting , adalah satu kaedah berkomunikasi dengan cara menggayakan sesuatu huruf secara terbalik di cermin tingkap sehinggalah menghasilkan perkataan yang ingin disampaikan. Kenapa tulis secara terbalik? Supaya pihak satu lagi dapat membaca dengan tepat. Mula-mula tu, si lelakinya akan melambai-lambai dari tingkap biliknya. Bila dah dapat respon dari si wanita di Kolej Delima ni, akan mulalah ayat pertama yang ditulis di tingkap seperti "hi...

Nombor Cantik

Image
Total visitor untuk blog aku

Fireworks di Putrajaya

Image
Selesai solat isyak sebentar tadi, kedengaran bunyi seperti bunga api dibakar. Eh, ada acara apa di Putrajaya malam ni? Jenguk di tingkap bilik, memang sah, langit hitam terang benderang disinari cahaya bunga api yang bewarna warni. Apa lagi, capai kamera dan zoom dari tingkap bilik... Mungkin sempena acara Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011 kali ke-3 kot. Dah tiga kali acara belon panas ini diadakan di sini, sekalipun aku tak pernah pergi. Belum sampai minat lagi...