Posts

Showing posts with the label Paris

July 7, 2009_Palace of Versailles@Paris

Image
Jom patah balik ke percutian tahun 2009. Kali ini nak kongsi tentang Palace of Versailles yang terletak di daerah bernama Versailles, Perancis. Terletak kira-kira 20km baratdaya Paris, Versailles adalah sebuah bandar yang dikenali sebagai tempat beberapa perjanjian dimeterai. Contohnya, Treaty of Paris (1783) yang mengakhiri Perang Revolusi Amerika dan Treaty of Versailles yang mengakhiri Perang Dunia I. Sebuah istana yang juga dikenali sebagai Château de Versailles merupakan tempat kediaman Diraja Perancis selama lebih dari satu abad (1682 - 1789). Berada di dalam senarai UNESCO's World Heritage, Versailles merupakan suatu pencapaian paling indah dari seni bina Perancis abad ke-18. Sekarang, istana ini telah dijadikan muzium yang menjadi antara tarikan utama pelancong ke sini. Dari hotel, kami menaiki bas ke sini. Ketika sampai, punya la ramai umat manusia sedang beratur untuk membeli tiket. Memang agak sesak keadaan ketika itu. Cuaca pula berangin dan sejuk. Ketika melalui pe...

Fireworks Disneyland Paris_04.07.09

Image
Here again, we need to chose our place in advance because right after the parade (i didn't post yet) we will enjoy the Disneyland Paris Fireworks next to the sleeping beauty castle . We tried to find a place in the heights and facing the castle tapi, orang terlalu ramai. Hanya mampu duduk di belakang mat dan minah salleh yang tinggi-tinggi ni. Just before the show, Disney Fantillusion took place. A classic story of good versus evil to life in three glorius acts featuring Disney characters and thousands of beautiful lights - Mickey's Fantillusion, Flora's Gazebo, Fauna's Carousel & Enchanted Butterfly. Unfortunately, lebih banyak nampak kepala, punggung dan belakang orang dari perarakan ini.huhu... Okey, the highlight will start. Watch out! Err, do i need to explain more? Let the photos bercerita and deliver the feelings... Habis aje show ni, orang pun mula la berpusu-pusu untuk keluar. Kejap lagi, Disneyland dah nak tutup. Keseluruhannya, aktiviti hari ini memang be...

Rock 'n' Roller Coaster starring Aerosmith...04.07.09

Image
Seumur hidup, inilah kali pertama aku naik roller coaster. Kat negara sendiri pun aku tak gamak nak naik. Mula-mula masuk, kami seakan-akan berada di studio muzik. Ada group tengah jamming. Masuk sikit lagi, terdengar la jeritan-jeritan yang buat dada kami mula berdebar-debar. Bila kiraan 3,2,1 habis, roller coaster ni mula memecut dengan lajunya. Ya!Allah, masa tu rasa menyesal sangat sebab boleh terjebak dalam permainan ini. Muzik rock yang dimainkan kat tepi telinga aku dah tak dengar lagi dah. Hanya jeritan termasuk dari tekakku ini yang bergema di gegendang telinga. Aku cuba buka mata, yang nampak hanya kegelapan..bila nak abih niii...berpusing-pusing menda alah ni...pecutan dari 0 ke 100km/h dalam masa kurang dari 3 saat, cuba korang bayangkan betapa lajunya roller coaster ni. Keluar dari tempat ni, terhoyang hayang berjalan. Kepala lutut ketar habis koo...ambik masa gak nak pulih...kahkahkah...sape suruh cari penyakit..

Pirates of The Carribean...06.07.09

Image
Jom kongsi pengalaman aku di Adventureland pulak...antaranya, masuk ke dalam gua The Skull Rock yang terletak beberapa langkah dari Pirate Ship . Cerita Pirates of The Carribean memang famous kan..ada sesiapa yang tak pernah tengok cite ni? ala, cite si lanun nama Captain Hooks tuuu... Di dalam gua ini, kami menaiki bot atau lebih kurang sampan la. Ngeri juga bila duduk dalam gua buatan ini. Dalam keadaan yang gelap gelita ditambah dengan muzik yang mengerikan, di kiri kanan diletakkan patung dan rangka manusia. Seperti kebanyakan tempat yang kami dah masuk, kat sini juga ada kejutannya. Bot ni turun kat kawasan curam, memang ngeri. Masa kat kawasan camni lah gambar akan diambil oleh kamera yang tersembunyi. Muka masing-masing cuak jee..

Eiffel Tower...03.07.09

Image
Eiffel Tower adalah menara besi yang dibina pada tahun 1887-1889 di Champ de Mars bersebelahan Seine River di Paris. Dinamakan sempena nama juruteranya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan menara tertinggi di Paris (324m/1,063ft). Orang memang ramai giler. Mungkin kerana waktu ni cuti musim panas. Sekali lagi kami terkejut melihat kebanjiran warga Afrika di sini. Mereka berniaga cenderahati. Masa mula-mula sampai je, kami dah disapa oleh mereka ni, "Malaysia..Malaysia". Nampak sangat Malaysia memang famous dikalangan 'Awang Hitam' ni. Tak tahan betul, mana-mana pergi di sapa "Malaysia..Malaysia.." sambil menghulur barangan dijual pada kami. Aarrggghhhh!!! Tensen..tensen... Dari Eiffel Tower ni, kami berjalan lebih kurang 15 minit ke Palais de Chaillot atau juga dikenali dengan nama Trocadero. Dari dataran istana ini, Eiffel Tower boleh dilihat dengan jelas. Di hadapan istana ni ada air pancut. Ingat budak-budak aje yang sakan main dalam kolam air pancut tu...