Posts

Showing posts with the label Vacation

Cheese dan provokasi...

Tengah sambung entri pasal kembara tahun lepas, teringat cerita ni. Berlaku semasa kami menginap di Youth Hostel, Zurich. Kami turun breakfast awal pagi. Nak mula jelajah bandar ni awal la supaya boleh teruskan perjalanan ke Bern.  Semasa di cafe hostel tu, aku ambil roti. Lepas tu nak jodohkan la roti tu dengan cheese. Tengah pegang cheese tu, tetiba bahu aku dicuit dari belakang. Bila toleh, sorang mamat omputih ni dok cakap sesuatu dengan aku. Malangnya, dia bercakap bahasa apa entah. Bukan bahasa inggeris. Aku pun kerut-kerut dahi la. Sambil cakap tu sambil tunding kat cheese yang dah aku sepit tu. Dalam hati, apa hal mamat ni. Seriau ada gak. Sehinggalah sorang kawan dia tunjuk gambar yang ditampal pada bekas cheese tu.  Subhanallah.  'Kerbau pendek' rupanya. Cheese mengandungi bahan dari binatang tu. Astaghfirullahalazim...aku memang tak perasan langsung.  Lepas berterima kasih pada mat-mat saleh tu, aku pun beredar la ke bahagian makan...

Travel Itinerary 2012 : Malaysia - Sweden - Holland - Switzerland

Image
Malaysia - Stockholm 06 Mei 2012  1. Sekali lagi Qatar Airways menjadi pilihan. Keluar dari rumah pukul 11 malam. Bermalam di KLIA. Terbang pada pukul 3.30 pagi.  2. Landing di Doha hampir pukul 6 pagi. Matahari telah memancar dengan terik. Panas. 3. Transit 1 jam 45 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Stockholm. 4. Sampai di Stockholm pada pukul 2.00 petang.  5. Suhu begitu sejuk. Angin yang kerap bertiup menambahkan kesejukan walaupun badan dilapisi berhelai pakaian.                                 Stockholm - Amsterdam - Edam - Volendam - Marken 11 Mei 2012 1. Menaiki Norwegian Air dengan penerbangan pukul 6.30 petang. Menempuh perjalanan selama dua jam sebelum selamat mendarat di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam. 2. Menginap di Ibis Hotel yang berhampiran lapangan terbang. Kemudahan shuttle bus disediakan dari Schiphol ke hotel. Mudah da...

Travel 2012

Hari kedua bertugas selepas bercuti panjang. Walaupun setiap kali berjumpa rakan sekerja yang tidak tahu aku bercuti, menegur "lama tak nampak?" tapi bagi aku masa berlalu begitu cepat. Lama bagi mereka, aku rasa pendek aje cuti aku. Masih segar di ingatan saat menjejakkan kaki di lapangan terbang Arlanda, Stockholm pada 6 Mei 2012 yang lalu. Kami sampai pada pukul 2 petang. Waktu itu, masyarakat Malaysia barangkali sedang sibuk menyediakan keperluan pakaian kerja mahupun sekolah untuk memulakan hari pertama dalam seminggu. Tersangkut lama ketika melepasi kawalan imigresen Sweden. Macam-macam ditanya. Walaupun telah diberikan maklumat lengkap alamat rumah dan universiti kawan aku menuntut, mereka tetap soal macam-macam. Bukan setakat tunjuk tiket penerbangan balik, saiz rumah kawan aku pun ditanya. Sampai satu peringkat, kena tunjuk duit yang kami bawa. Tengoklah betapa sukarnya masyarakat luar (terutama dari Asia dan berhijab) nak masuk ke negara Eropah. Macam k...

Selamat tinggal Sweden

Pukul 8 pagi waktu sweden. Dalam perjalanan ke airport Arlanda dah. Rasa baru je sampai sini semalam. Pejam celik pejam celik, dah nak balik semula ke Malaysia. Minggu pertama sampai, suhu sejuk sangat. Baru minggu ni panas muncul. Tak perlu nak pakai jaket bagai. Trip kali ni memang menyeronokkan. Pengalaman berbeza dari yang lepas-lepas. Kayuh basikal, naik puncuk gunung bersalji tertinggi di Eropah. Sungguh indah. Detail update kemudian.

Macam-macam daaa....

Image
Fesyen musim panas. Jangan buat kat Malaysia ye. Tak pasal-pasal nanti dapat "sijil". Kayuhan basikal mesti makin laju kan bila pakai camni? Tak ada rintangan angin. Anjing-anjing ni comel dan baik sangat, rasa nak usap aje kepala mereka. Tengok tu, dia tak 'dengki' pun dengan tuannya yang sedang membaca. Setia je tunggu kat sisi. Santai...tengah panas pun boleh baca buku. Gambar agak blur. Maklum, curi-curi ambil gambar minah saleh ni... Tax di Sweden memang tinggi. Tapi tengok lah ke mana hasil cukai tersebut dilaburkan... Antaranya, semua warga emas mendapat bantuan rullator untuk kemudahan mereka. Rullator ni berfungsi 2+1. Tongkat dan kerusi.

Malaysia - Stockholm - Prague - Milan - Venice - Florence - Rome - Stokholm

Image
1. Malaysia - Stockholm - Malaysia naik Qatar Airways. Transit 2 jam 15 minit di Doha, Qatar. Turun dari flight, naik bas ke Terminal Transit & Departure. Walaupun pertama kali sampai di sini, tak susah nak cari terminal. Airport tak besar mana. Signage friendly . 2. Boleh guna duit Ringgit Malaysia di cafe airport Doha. Terkejut juga. Itu menunjukkan betapa ramai orang Malaysia di sana. 3. Semasa berada di atas Charles Brigde, Prague, Republic of Czech, tiba-tiba suasana havoc seketika. Pengunjung dikejutkan dengan "show" percuma. Seorang wanita tanpa seurat benang dibadan, berjalan penuh gaya persis seorang model di atas jambatan ini. Ingatkan tengah ada rakaman filem ke, rupanya tak. Apa lagi, ramai la camerama n tak berbayar yang dok shoot adegan tersebut. Atuk yang berjalan dengan nenek pun, boleh lupa isteri di sisi. Sibuk keluarkan handphone, tak nak termiss satu bahagian pun. - Barat oh! Barat 4. Dari Prague ke Italy, macam keluar dari musim sejuk masuk ...

Murah ke mahal barang-barang kat Sweden?

Image
Kalau nak dapatkan barang Asia, kedai ni antara pilihan yang ada di Stockholm. Terletak di Olofsgatan 5, kebanyakan barang di kedai ni diimport dari Thailand. Harga buah mangga ni lebih kurang RM28 sekilo. Teringin makan durian? Tak jadi masalah, semua ada kat sini. Siapkan duit aje...tak banyak pun, lebih kurang RM50 je sekilo... Rambutan kecut ni pun berharga RM21 untuk setengah kilo Tempe pun ada. Harga RM13 seketul (425gm) Ikan tenggiri beku Maggi RM15 satu pack Kicap kipas udang ni jarang-jarang ada kat sini. Bila stok sampai, memang cepat la habis Ni hasil pembelian kami hari tersebut. Daun pandan, taugeh, kucai dan tempe, semuanya berharga SEK110. Kalau kat Malaysia, semua barang yang kami beli ni tak sampai RM50 pun lagi... Kos sara hidup kat sini memang tinggi, berpadanan dengan gaji yang diterima oleh rakyatnya. Kerja sapu sampah pun boleh dapat gaji lebih tinggi dari kerani di Malaysia.