Posts

Showing posts with the label Amsterdam

Amsterdam_Mei 14, 2012 - habis juga akhirnya...

Image
Hari terakhir di bumi Holland. Tempat terakhir yang dah tersenarai dalam itinerary perjalanan kami adalah melawat  Amsterdam Arena. Aku ni bukan la peminat sukan bola sepak. Tapi, kena la adilkan. Semalam adik ipar dah seharian suntuk mengikut gelagat kami yang gila tengok tulip, arini kena layankan minat dia la pulak. Malahan, dia la yang paling banyak bertanya itu ini pada tour guide kami tu. Jenis rumput yang digunakan la, bumbung dia jenis terbuka dari arah mana la dan macam-macam lagi. Semangat betul dia. Aku sendiri tak pernah masuk ke stadium. Sekali sekala tak salahkan. Bayaran untuk tour stadium ni 14.50 euro. Amsterdam Arena ni adalah stadium yang paling besar kat Netherlands ni. Mula dibina antara tahun 1993 - 1996. Kelab bola sepak yang bernaung di sini adalah AFC Ajax (sebutan 'ayak') sejak tahun ianya dibuka pada Ogos 1996. Kat dalam tu tengah dibuat persiapan untuk event mereka. Jadi, nampak agak serabut keadaan tengah-ten...

Netherland@Edam - Volendam - Marken_Mei, 12, 2012

Image
Kali ke-2 menjejaki bumi penjajah Tanah Melayu satu ketika dulu. Ketika kunjungan kali pertama dahulu, kami melawat di sekitar bandar, kali ini kembara kami melangkau sehingga ke kawasan pendalaman. Nak tengok tempat buat cheese, kincir angin tradisional, terusan, bangunan-bangunan lama dan pelbagai lagi.  Edam - Volendam Kami bermula dengan melawati Edam iaitu sebuah bandar yang terletak di utara Netherlands. Jangan tak tahu, semi-hard cheese berjenama Edam asal usulnya adalah dari bandar ini. Inilah juga tujuan kami datang ke bandar ini. Dikatakan antara tarikan di sini adalah cheese market. Dengan menaiki bas dari Amsterdam central railway station   kami sampai ke sebuah pekan yang agak lenggang. Mungkin waktu cuti, maka banyak kedai yang tidak beroperasi. Ingatkan dapat melihat sendiri cheese market, rupanya pasar tersebut hanya beroperasi hari Rabu. Nasib baik dapat juga tengok cheese dan cara pembuatannya di Cheese Weigh House Edam yan...

July 12, 2009_Netherlands @ Amsterdam (Final)

Image
Hari terakhir di Amsterdam. Oleh kerana perjalanan ke Eindhoven Airport tu jauh, kami kena keluar awal dari hotel. Hujan pula pagi ni, sampai kena beli rainproof ponchos . Kalau tak, maunya basah nak berjalan sampai ke stesen keretapi. Sebelum balik, singgah kedai souvenir jap. Kononnya nak beli fridge magnet dekat gerai souvenir yang agak jauh sikit dari hotel ni. Berjalan la kami ni dengan mengheret 1 biji beg beroda dan menggalas 1 biji hiking bag serta beg sandang sebiji seorang dalam hujan ke tempat tersebut. Sampai-sampai aje, frust gila. Pak cik tu tak buka gerai pagi ni.Huuuh! Penatnya berjalan. Dah tak ada pilihan, terpaksa beli souvenir kat kedai tepi hotel walaupun agak mahal. Ambil je la apa yang mampu. Selesai, terus heret beg ke stesen keretapi. Perjalanan bertukar keretapi dan bas sebanyak empat kali. Alhamdulillah, sampai juga ke airport lebih awal dari waktu penerbangan. Sempat la jamu-jamu mata kat kedai dalam airport ni pula. Tengok bunga tulip segar yang di...

July 11, 2009_Netherlands @ Amsterdam (Part II)

Image
Best nya dapat duduk dalam kapal setelah separuh hari berjalan kaki. Berapa kalori habis ni.huhu.. Kami menaiki Holland International Cruise untuk menikmati pemandangan bandar Amsterdam. Cruise ini selesa sangat sebab ada bumbung dan tempat duduk pun empuk. Ada pemandu pelancong yang akan menerangkan setiap tempat yang dilalui. Jom layan gambar pula... Perjalanan menaiki cruise ini lebih kurang 1 jam. Seterusnya, kami kembali ke kawasan Dam Square . Oleh kerana masih ada masa, kami pun masuk ke Madame Tussauds . Tempat apa Madame Tussauds ni? Ianya adalah sebuah Wax Museum yang memaparkan waxworks tokoh sejarah dan royal figures , artis, bintang sukan dan tidak ketinggalan pembunuh yang terkenal. Mula diasaskan oleh wax sculptor bernama Marie Tussauds di London. Beliau dilahirkan pada 1 Disember 1761 di Strasbourg, France. Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah Dr. Philippe Curtius di Bern, Switzerland iaitu seorang doktor perubatan yang mahir dalam pemodelan lilin. Curtius lah...