11 July 2010_Copenhagen.Denmark

Lepas bersarapan di hotel, kami naik train pukul 10 pagi ke Copenhagen. Dari sini, hanya 2 stesen ke Copenhagen Central Station yang merupakan station keretapi terbesar di Denmark. Sampai di sana, kami hanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Tak jauh dari station ni, kami jumpa Hard Rock Cafe. Wajib singgah untuk tambah koleksi baju Hard Rock Cafe! Jalan dan jalan lagi..jumpa pula Tivoli Gardens atau hanya dikenali dengan nama Tivoli. Ini adalah taman hiburan yang sangat terkenal di Copenhagen. Taman ini dibuka pada 15 Ogos 1843 dan merupakan taman hiburan kedua tertua di dunia selepas Dyrehavsbakken berdekatan Klampenborg. Bagi menjimatkan masa, kami putuskan untuk bergambar diluar sahaja. Depan taman ini ada perkhidmatan bas Hop-in Hop-off. Selepas pertimbangkan kemungkinan membazir sahaja kami membeli tiket, keputusan muktamad dibuat. Jom berjalan kaki! Di Denmark ini pun ada street performance. Mungkin ianya telah menjadi pekerjaan biasa di negara Eropah. Gambar yang ...