11 July 2010_Copenhagen.Denmark
Lepas bersarapan di hotel, kami naik train pukul 10 pagi ke Copenhagen. Dari sini, hanya 2 stesen ke Copenhagen Central Station yang merupakan station keretapi terbesar di Denmark. Sampai di sana, kami hanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Tak jauh dari station ni, kami jumpa Hard Rock Cafe. Wajib singgah untuk tambah koleksi baju Hard Rock Cafe!
Jalan dan jalan lagi..jumpa pula Tivoli Gardens atau hanya dikenali dengan nama Tivoli. Ini adalah taman hiburan yang sangat terkenal di Copenhagen. Taman ini dibuka pada 15 Ogos 1843 dan merupakan taman hiburan kedua tertua di dunia selepas Dyrehavsbakken berdekatan Klampenborg.
Bagi menjimatkan masa, kami putuskan untuk bergambar diluar sahaja. Depan taman ini ada perkhidmatan bas Hop-in Hop-off. Selepas pertimbangkan kemungkinan membazir sahaja kami membeli tiket, keputusan muktamad dibuat. Jom berjalan kaki!
Di Denmark ini pun ada street performance. Mungkin ianya telah menjadi pekerjaan biasa di negara Eropah. Gambar yang ke-2 tu, mungkin dia dah perasan kami snap gambar ni dari jauh, tu sebab tiba-tiba dia buka payung untuk cover wajah. Yer la, mana ada yang percuma atas dunia ni kan...
Memang penat sangat. Last sekali, bila dah tak larat nak jalan, kami beli tiket bot untuk tengok sightseeing. Memang satu tindakan salah la sebab naik bot waktu tengahari buta. Bot ni tak berbumbung. Pulak tu, berhenti di banyak tempat. Tak macam bot yg kami naik di Amsterdam dulu. Ada bumbung dan tak berhenti di mana-mana. Siap ada penerangan bagi setiap kawasan yang dilalui.
Bot kat sini pulak, hanya buat announcement jangan berdiri bila lalu kat bawah jambatan. Satu lagi announcement, bila dah nak sampai kat perhentian seterusnya. Sejarah atau asal usul sesuatu bangunan atau tempat tu langsung tak dicerita. Maklum la kan, ambik route paling murah.hehe..
Patung Mermaid wajib dilawati kalau datang ke Copenhagen ni, namun sayangnya sekarang ini duyung ini berada di China untuk pameran. Apa yang ada ditapak patung ini adalah Mermaid versi digital. Tak bestnya..huhu
Cuaca yang makin panas ni buat kepala berdenyut-denyut dan perut pun mual. Aku dah tak kisah malu, ambil brochure bot tu dan tutup kepala. Qory pulak, tutup dengan beg kain. Lantak la digelakkan orang ke atau ada yang snap gambar kami yang pelik ni ke. Duduk dalam sejam setengah dalam bot sampai baju lencun. Nak pitam pun ada. Ambik kau!
Turun dari bot, memang dah tak larat sangat, tapi terpaksa gagahkan diri untuk berjalan kaki ke stesen keretapi. Masuk lorong tu, keluar lorong ni, tak juga berjumpa jalan yang betul. Dari sesibuk-sibuk kawasan yang kami masuk sampai sesunyi-sunyi kawasan kami lalui. Dek kerana keletihan dan kelaparan teramat, sedikit pun tiada keinginan untuk masuk ke kedai barang-barang branded sewaktu melalui kawasan ala-ala Bukit Bintang. Niat kini hanya satu, nak makan!
Jumpa kedai pizza, singgah makan walaupun mahal. Kawasan kami singgah makan ni memang cosy. Waiternya pula peramah dan suka bercerita tentang negara asalnya, Itali.
Kain yang tersangkut dikerusi tu adalah selimut untuk digunakan oleh pelanggan bila sejuk.
Saiz pizza ni memang besar, sampai tak habis makan. Tanpa segan silu, minta waiter tu tolong bungkuskan
Copenhagen Central Station
Kami patah balik ke Valby, sebab kereta tinggal kat hotel. Destinasi kami seterusnya adalah Malmö iaitu daerah selatan Sweden. Nasib baik dari Copenhagen ke Malmö cuma setengah jam perjalanan. Memang dekat sangat. Kalau jauh, kesian betul la Qory nak memandu dalam keadaan keletihan camni.
Selama ini, aku hanya tahu ada jambatan cantik yang menghubungkan Malmö dan Copenhagen. Tak pernah pula aku tau ada terowong bawah laut. Bila kami duduk dalam terowong ni, dalam GPS menunjukkan laut di kiri dan kanan kami. Tak ada langsung warna daratan. Maksudnya memang kami berada di bawah laut. Lepas keluar terowong, nampak daratan buatan. Aku kata daratan buatan sebab di kiri kanan daratan ni masih lagi laut yang saujana mata memandang. Selepas melalui daratan ni baru kami melalui Øresund bridge yang aku kata cantik tu.
Rancangan pembinaan Øresund Bridge dibuat pada tahun 1991 iaitu hasil daripada persepakatan kerajaan Denmark dan Sweden. Ianya dibuka secara rasmi pada 1 Julai 2000.
Jambatan ini menghubungkan Amager dan Øresund di Denmark dengan Skåne di Sweden. Jarak perjalanan di antara dua sempadan adalah 16.4km. Ini adalah jalan yang menghubungkan kawasan metropolitan Copenhagen dan Malmö.
Pulau buatan Peberholm dibina dalam rangka untuk memindahkan lalu lintas dari terowong dasar laut naik ke jambatan. Panjang pulau ini dianggarkan 4km panjang dengan lebar 500m dan dibina dengan mengorek dasar lautan Øresund. Sebanyak 1.6juta m3 batu dan 7.5juta m3 pasir dan material yang dikorek untuk menyiapkannya.
Manakala, Semenanjung Kastrup yang menempatkan portal terowong Øresund, dibina oleh Øresund Marine Joint Venture (ØMJV). Ianya meliputi 0.9km2 dan dibina dengan mengorek dasar laut Øresund.
Tol yang dikenakan mengikut jenis kenderaan. Bagi kereta, tol dikenakan sebanyak DKK 275 @ SEK 380 @ €39.
Nama tempatan Øresund bridge ialah "Øresundsbron" iaitu kombinasi dari perkataan Denmark "Øresundsbroen" dan perkataan Sweden Öresundsbron" yang kedua-duanya bermaksud Øresund bridge dalam bahasa inggeris.
Kami perlu melalui custom check sebaik sahaja melepasi tol masuk ke Sweden.
Sampai di Hotel Ibis pukul 7malam. Masih cerah. Cadang nak keluar semula selepas simpan barang. Ingat nak tengok Øresund Bridge tu di waktu malam. Berkobar-kobar semangat nak tengok sendiri sebab tengok gambar dalam internet memang cantik pemandangan waktu malam.
Hotel ini memang cantik dan sangat selesa
Dek kerana sibuk surf internet untuk cari koordinat GPS tempat-tempat menarik untuk dilawati esoknya, kami batalkan rancangan malam tu.Tambahan pula, hujan diikuti guruh berdentum dentam. Hmmm, kali pertama la ni dengar bunyi guruh kat sini.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak