Posts

Showing posts from November, 2010

Hari Masak-Masak

Image
Ada 2 sebab kenapa hari ini meriah dapur aku. Pertama, tak sabar-sabar nak cuba acuan tart yang beli minggu lepas. Kedua, sebab butter roll ni memang sedap. Ini kali kedua buat roti ni. Walaupun rupanya tidaklah seindah hasil tuan punya resepi, tapi aku tetap suka. Silalah melayari www.myresepi.com untuk resepi yang sedap-sedap. Tart Telur Tart telur ini bagi aku manis sangat kalau ikut sukatan asal. Ini pun, dari 1 cawan gula aku kurangkan kepada 3/4 cawan. Masih terlalu manis bagi aku. Butter Roll Yeah, dah siap roti buat bekalan untuk breakfast pagi esok.

04 July 2010_Jejak Al-Hambra (Part 2)

Image
Selesai bersarapan dan membawa bekalan untuk sepanjang hari ini, kami keluar dari hotel. Jarak dari hotel ke bus stop hanya 10 minit berjalan kaki. Menaiki bas mini Al-Hambra dengan bayaran €1, kami menuju ke Al-Hambra. Macam tidak percaya bas mini ini mampu mendaki bukit setinggi ini. Saiz bas yang digunakan untuk membawa pelancong naik ke atas ini pada mulanya tadi menimbulkan persoalan kepada kami. Akhirnya, terjawab sudah apabila bas melalui lorong yang sempit dan hampir mencecah dinding bangunan kiri dan kanan jalan. Sebaik sahaja sampai di atas bukit ini, kami menuju ke kaunter tiket. Sebenarnya, tiket telah dibeli secara online semasa hari terakhir kami di berada di Madrid. Ini dapat menjimatkan masa supaya tidak perlu beratur panjang di kaunter tiket. Setelah bertanya di sana sini, akhirnya kami ditunjukkan mesin bertulis "La Caixa" untuk ambil tiket yang ditempah. Tiket boleh dibeli mengikut 3 jenis lawatan iaitu Daytime Visit, Evening or Night-Time Visit dan Garden ...