04 July 2010_Jejak Al-Hambra (Part 2)

Selesai bersarapan dan membawa bekalan untuk sepanjang hari ini, kami keluar dari hotel. Jarak dari hotel ke bus stop hanya 10 minit berjalan kaki.








Menaiki bas mini Al-Hambra dengan bayaran
€1, kami menuju ke Al-Hambra. Macam tidak percaya bas mini ini mampu mendaki bukit setinggi ini. Saiz bas yang digunakan untuk membawa pelancong naik ke atas ini pada mulanya tadi menimbulkan persoalan kepada kami. Akhirnya, terjawab sudah apabila bas melalui lorong yang sempit dan hampir mencecah dinding bangunan kiri dan kanan jalan.


Sebaik sahaja sampai di atas bukit ini, kami menuju ke kaunter tiket. Sebenarnya, tiket telah dibeli secara online semasa hari terakhir kami di berada di Madrid. Ini dapat menjimatkan masa supaya tidak perlu beratur panjang di kaunter tiket. Setelah bertanya di sana sini, akhirnya kami ditunjukkan mesin bertulis "La Caixa" untuk ambil tiket yang ditempah.





Tiket boleh dibeli mengikut 3 jenis lawatan iaitu Daytime Visit, Evening or Night-Time Visit dan Garden Visit. Walaubagaimanapun, untuk masuk ke Nasrid Palace, waktu masuk dibenarkan adalah terhad 30 minit dari masa yang tertera dalam tiket. Kami memilih untuk masuk pada pukul 6 petang.





Tiket yang kami beli adalah jenis Daytime Visit. Dengan menggunakan tiket ini, kami boleh melawat Alcazaba, Nasrid Palace, Generalife, The Mosque Bath dan Gardens. Walaupun tiket kami beli untuk sesi lawatan petang (2pm - 8pm), sengaja kami pilih pergi dari pagi. Selain dari tempat yang aku nyatakan tadi, lawatan ke tempat lain adalah percuma.






Secara umum, Al-Hambra terbahagi kepada 3 kawasan utama iaitu Alcazaba, Palaces dan Generalife. Di sini, maklumat mengenai keseluruhan kawasan ini boleh dimuat turun ke dalam hand phone menggunakan perkhidmatan bluetooth. Semasa bertemu dengan sekumpulan pelajar Malaysia yang menuntut di Jordon ketika kami di Cordoba tempoh hari, mereka bermurah hati share maklumat tersebut dalam hand phone Qory.



Setelah mendapat tiket, kami mula berjalan ke tempat yang boleh masuk percuma. Destinasi pertama adalah kawasan Palacios yang terdiri daripada Palacio de Carlos V (Charles V's Palace) dan sekitarnya. Walaupun Raja Katolik (Raja Ferdinand II dan Ratu Isabella I) telah mengubah beberapa buah bilik Al-Hambra selepas penaklukan pada tahun 1492, Charles V berhasrat untuk membina istana khusus untuk mereka. Atas tujuan itulah, terbinanya Palacio de Carlos ini.


Walaubagaimanapun, kami tidak berkesempatan masuk ke dalam istana ini.






Cincin gangsa yang besar ini dibuat sebegini saiznya untuk mengikat tali kuda






Berhampiran Istana ini juga terletaknya Alcazaba dan Church of Santa Maria de la Alhambra. Nak masuk Alcazaba kena guna tiket dan ikut slot lawatan yang dipilih. Oleh kerana kami pilih slot lawatan pukul 2 petang, ada lagi 2 jam untuk melawat kawasan sekitar yang tidak memerlukan tiket untuk masuk.


Tempat pertama yang kami masuk adalah Church of Santa Maria de la Alhambra. Gereja ini dibina di atas tapak Masjid Besar Alhambra (Alhambra's Great Mosque). Sekali lagi, kami memijak tanah di mana dahi umat Islam pernah sujud kepada Yang Maha Esa beratus tahun yang lalu.




Tiang marmar dengan plak di atasnya yang terletak di hadapan gereja ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Di sinilah kepala dua orang sami telah dipancung oleh Sultan Mohammed V, pemerintah yang mencipta Courtyard of Lions yang indah itu. Kenapa kepala dua orang sami ini dipancung? Kerana cuba menyampaikan kefahaman sesat mereka di sini.










Kedai cenderahati bersebelahan gereja ini menjual hiasan ukiran kaligrafi Arab yang sangat cantik



Bersebelahan gereja ini terdapat tempat pemandian umum yang merupakan sebahagian dari Masjid Utama dahulunya. Berasal dari era Muhammad III (1302-1309), tempat pemandian ini telah ditukar pada abad ke-19 dan sebahagiannya digunakan sebagai rumah peribadi. Komposer terkenal,
Ángel Barrios dilahir dan dibesarkan di rumah ini.

Tempat mandi ini memiliki susunan yang luar biasa kerana bilik-biliknya tidak disusun secara selari seperti yang boleh dilihat di Istana Nasrid.Namun, tempat menukar pakaian atau juga dikenali sebagai al-bayt al-maslaj dengan lantera pusat, memiliki susunan yang sama seperti yang terdapat di Royal Comares Bath. Dewan ini mempunyai tempat tidur yang dipisahkan oleh lengkungan berbentuk ladam kuda. Bilik sejuk atau dikenali sebagai al-Baitul-barid mempunyai bumbung berkubah layar. Manakala, bilik panas (al-bayt al-sajun) berbentuk segiempat panjang with side chambers. Ketika ini, hanya satu tempat berendam yang tinggal. Sebuah tiang kecil untuk air boleh dilihat di sini. Ruangan untuk boiler atau al-burna terletak di kawasan selari dengan bilik panas.














Belakang Mosque Baths ini terletaknya Pusat Perkhidmatan Pelanggan Al-Hambra.










Cuaca panas terik dan cukup menyilaukan. Semua orang sibuk cari tempat teduh. Sementara menunggu pukul 2, kami cari tempat rehat untuk makan tengah hari.





Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"