Travel 2012
Hari kedua bertugas selepas bercuti panjang. Walaupun setiap kali berjumpa rakan sekerja yang tidak tahu aku bercuti, menegur "lama tak nampak?" tapi bagi aku masa berlalu begitu cepat. Lama bagi mereka, aku rasa pendek aje cuti aku. Masih segar di ingatan saat menjejakkan kaki di lapangan terbang Arlanda, Stockholm pada 6 Mei 2012 yang lalu. Kami sampai pada pukul 2 petang. Waktu itu, masyarakat Malaysia barangkali sedang sibuk menyediakan keperluan pakaian kerja mahupun sekolah untuk memulakan hari pertama dalam seminggu. Tersangkut lama ketika melepasi kawalan imigresen Sweden. Macam-macam ditanya. Walaupun telah diberikan maklumat lengkap alamat rumah dan universiti kawan aku menuntut, mereka tetap soal macam-macam. Bukan setakat tunjuk tiket penerbangan balik, saiz rumah kawan aku pun ditanya. Sampai satu peringkat, kena tunjuk duit yang kami bawa. Tengoklah betapa sukarnya masyarakat luar (terutama dari Asia dan berhijab) nak masuk ke negara Eropah. Macam k...