Posts

Showing posts from October, 2012

Switzerland@Interlaken & Luzern_Mei, 18, 2012

Image
Sampai di Interlaken Ost, kami terus mengambil wudhu dan bersolat di depan locker beg. Sementara menunggu train ke Luzern pada pukul 7 malam, kami habiskan masa dengan berjalan di sekitar station ini. Cantik sangat tasik dan pemandangan di sini. Sebelum menaiki train, kami beli bekalan makanan dulu. Perjalanan dari sini ke Luzern memakan masa 2 jam. Tentu lapar sepanjang jalan nanti. Tepat jam 7 malam, keretapi mula meninggalkan Interlaken. Cadangnya nak tidur aje sepanjang jalan, tapi aku dikejutkan oleh Qory yang menunjuk ke luar keretapi. Pemandangan cantik di luar sana yang tidak harus dilepaskan. Terus tak jadi nak sambung tidur. Ketika sampai di Luzern, jam telah menunjukkan ke angka 9 malam. Dah malam, nak tengok tasik Luzern yang dikatakan wajib dilawati jika datang ke Switzerland pun dah tak boleh. Dah tak nampak kehijauan airnya. Oleh kerana dah sampai, kami putuskan untuk bergambar sekejap di tepi tasik ini. Itupun bergilir...