Switzerland@Interlaken & Luzern_Mei, 18, 2012

Sampai di Interlaken Ost, kami terus mengambil wudhu dan bersolat di depan locker beg.





Sementara menunggu train ke Luzern pada pukul 7 malam, kami habiskan masa dengan berjalan di sekitar station ini. Cantik sangat tasik dan pemandangan di sini.





Sebelum menaiki train, kami beli bekalan makanan dulu. Perjalanan dari sini ke Luzern memakan masa 2 jam. Tentu lapar sepanjang jalan nanti.




Tepat jam 7 malam, keretapi mula meninggalkan Interlaken. Cadangnya nak tidur aje sepanjang jalan, tapi aku dikejutkan oleh Qory yang menunjuk ke luar keretapi. Pemandangan cantik di luar sana yang tidak harus dilepaskan. Terus tak jadi nak sambung tidur.





Ketika sampai di Luzern, jam telah menunjukkan ke angka 9 malam. Dah malam, nak tengok tasik Luzern yang dikatakan wajib dilawati jika datang ke Switzerland pun dah tak boleh. Dah tak nampak kehijauan airnya. Oleh kerana dah sampai, kami putuskan untuk bergambar sekejap di tepi tasik ini. Itupun bergilir-gilir menunggu barang sebab tak nak simpan beg di locker. 


Sesi bergambar hanya 15 minit. Kami sempat menaiki train kembali ke Zurich pada pukul 9.20 malam. Lega!



Akhirnya, kami sampai ke lapangan terbang Zurich ketika jam menghampiri ke pukul 11 malam. Badan benar-benar telah hilang tenaga. Cuba cari tempat untuk mandi bagi menyegarkan diri, rupanya dah tutup. Malam itu, kami tidur di airport Zurich dengan hanya beralaskan kerusi menunggu yang keras itu. 


Pukul 3 pagi dah terjaga dek bunyi bising vakum. Aduh, seawal ini mereka dah bekerja rupanya. Tak sabar rasanya nak sampai Stockholm. Nak mandi dan tidur dengan lena.

Belumpun pukul 6 pagi, airport ini telah mula sibuk. Pukul 6.50 pagi, kami selamat meninggalkan bumi Switzerland. Belumpun pesawat ini berlepas, kami dah "take-off" dulu. Sedar-sedar aje, dah nak mendarat di Stockholm.

Sesampainya di rumah, lepas mandi dan makan, sambung tidur. Tak sedar sampai ke pukul 10 malam. sehingga dikejutkan oleh adik aku untuk dinner. Dahsyat betul tahap mengantuk kami. Pulak tu, lepas makan, boleh lagi sambung tidur dengan nyenyaknya. Mabuk tidur betul.

Penat memang penat. Tapi, sangat berbaloi kepenatan itu dengan pengalaman yang kami dapat. Rasa macam nak pergi lagi...:)






























Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"