Netherland@Edam - Volendam - Marken_Mei, 12, 2012

Kali ke-2 menjejaki bumi penjajah Tanah Melayu satu ketika dulu. Ketika kunjungan kali pertama dahulu, kami melawat di sekitar bandar, kali ini kembara kami melangkau sehingga ke kawasan pendalaman. Nak tengok tempat buat cheese, kincir angin tradisional, terusan, bangunan-bangunan lama dan pelbagai lagi. Edam - Volendam Kami bermula dengan melawati Edam iaitu sebuah bandar yang terletak di utara Netherlands. Jangan tak tahu, semi-hard cheese berjenama Edam asal usulnya adalah dari bandar ini. Inilah juga tujuan kami datang ke bandar ini. Dikatakan antara tarikan di sini adalah cheese market. Dengan menaiki bas dari Amsterdam central railway station kami sampai ke sebuah pekan yang agak lenggang. Mungkin waktu cuti, maka banyak kedai yang tidak beroperasi. Ingatkan dapat melihat sendiri cheese market, rupanya pasar tersebut hanya beroperasi hari Rabu. Nasib baik dapat juga tengok cheese dan cara pembuatannya di Cheese Weigh House Edam yan...