Netherland@Edam - Volendam - Marken_Mei, 12, 2012

Kali ke-2 menjejaki bumi penjajah Tanah Melayu satu ketika dulu. Ketika kunjungan kali pertama dahulu, kami melawat di sekitar bandar, kali ini kembara kami melangkau sehingga ke kawasan pendalaman. Nak tengok tempat buat cheese, kincir angin tradisional, terusan, bangunan-bangunan lama dan pelbagai lagi. 


Edam - Volendam


Kami bermula dengan melawati Edam iaitu sebuah bandar yang terletak di utara Netherlands. Jangan tak tahu, semi-hard cheese berjenama Edam asal usulnya adalah dari bandar ini. Inilah juga tujuan kami datang ke bandar ini. Dikatakan antara tarikan di sini adalah cheese market.


Dengan menaiki bas dari Amsterdam central railway station kami sampai ke sebuah pekan yang agak lenggang. Mungkin waktu cuti, maka banyak kedai yang tidak beroperasi.


Ingatkan dapat melihat sendiri cheese market, rupanya pasar tersebut hanya beroperasi hari Rabu. Nasib baik dapat juga tengok cheese dan cara pembuatannya di Cheese Weigh House Edam yang terletak berdekatan tempat cheese market biasanya berlangsung. 


Besar gedabak cheese-cheese ini rupanya. Ye lah, biasa kita lihat di Malaysia, cheese yang dah dipotong atau di cincang halus. Pulak tu, ada macam-macam warna cheese ni.



Tak jauh dari Cheese Weigh House Edam ini ada terusan yang amat cantik. Perut pun dah lapar, apa lagi buka bekal lah kami. Makan berebut dengan itik yang banyak sangat di sini ditambah suhu yang semakin sejuk. Nak pegang sudu pun menggigil. Buat air teh pun tak sampai 2 minit dah sejuk. Aduhaiii..memang tak boleh lama duduk kat sini.


Destinasi seterusnya adalah Volendam. Edam dan Volendam ini sebenarnya ditadbir dibawah majlis perbandaran yang sama. Jarak pun tak jauh dari Edam. Bezanya, di sini lebih meriah dengan pelbagai aktiviti manusia.


Turun aje dari bas, kami terus masuk ke sebuah mall yang terdapat di situ. Tujuan kami adalah untuk membeli baju sejuk. Suhu bertambah sejuk, jaket dipakai dah tak boleh menahan kami dari kesejukan. Jumpa pula sebuah kedai yang menjual pakaian dengan harga yang murah, apalagi, rembat la sehelai dua legging juga. Dah beli, terus pakai legging tersebut.


Kami tengok ramai sangat yang berbasikal di sini. Cuaca pula sejuk, best juga ni kalau dapat berbasikal. Apalagi, misi seterusnya...

Sewa basikal!


Oleh kerana waktu kami menyewa tu kedai dah nak hampir tutup, dapatlah diskaun sikit. Suka..suka..hehe


Wahhhh...dah puluh tahun kot tak mengayuh basikal. Kekok pun ada. Mula-mula tu terhoyong hayang la juga. Masing-masing dok ketawakan satu sama lain. Lama kelamaan, makin stabil kayuhan kami. 

Kalau nak menggayakan costume tradisional Dutch, ada dua ke tiga buah kedai gambar berhampiran pelabuhan di sini. Kami tak ambil gambar pun. Maklum, percutian bajet. Haha...


Boleh tengok perkampungan nelayan, kasut kayu, rumah-rumah lama dan macam-macam lagi la. Best tau suasana kat sini. Kami shopping cenderahati wajib iaitu fridge magnet kat sini. Murah sikit berbanding di Amsterdam.


Destinasi terakhir kami untuk hari ini adalah Marken. Dari Volendam, kami nakk feri. Sekejap aje perjalanan dari Volendam ke Marken.


Tarikan di Marken ni adalah rumah-rumah nelayan nya yang masih mengekalkan rekabentuk tradisional. Selain tu, kat sini ada kilang pembuatan kasut kayu. Kena la tengok sendiri kan macam mana kasut kayu tu dihasilkan.



Kami sampai kat Marken dah menghampiri pukul 7 malam. Sampai-sampai aje, terus terjah kedai cenderahati yang dah nak tutup. Nasib baik la pekedai tu baik hati nak juga jualkan barangannya pada kami. Kalau nak tahu, kedai omputih ni, kalau mereka dah nak tutup kedai dan kita masuk, memang tak ada kompromi. Tak akan dijualnya barang mereka pada kita.


Mula-mula kata kat pekedai tu, kami nak beli fridge magnet je. Akhirnya bermacam-macam barang pulak kami beli. Nasib baik lady tu sabar je layan kami.

Tak berlengah lagi, kami tuju ke kilang kasut kayu. Dalam perjalanan nak ke kilang tu, banyak sangat rumah kayu yang di cat dengan pelbagai warna. 


Nasib kami baik. Ketika sampai di kilang, tak lama kemudian ada demonstrasi penghasilan kasut kayu. Hmm, sekarang dah moden senangla kerja. Semua guna mesin. Dulu-dulu mereka guna tangan 100% untuk membuat kasut kayu. Patut la harganya mahal.



Habis dah lawatan kami untuk hari ini. Makin sunyi kawasan ni. Hanya kami berempat yang menunggu bas untuk balik ke Amsterdam. Jenuh juga la gosok-gosok tapak tangan, loncat-loncat, untuk panaskan badan. Nampak aje bayang bas, aduhai leganya. 









Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"