Posts

Showing posts from November, 2013

Amsterdam_Mei 14, 2012 - habis juga akhirnya...

Image
Hari terakhir di bumi Holland. Tempat terakhir yang dah tersenarai dalam itinerary perjalanan kami adalah melawat  Amsterdam Arena. Aku ni bukan la peminat sukan bola sepak. Tapi, kena la adilkan. Semalam adik ipar dah seharian suntuk mengikut gelagat kami yang gila tengok tulip, arini kena layankan minat dia la pulak. Malahan, dia la yang paling banyak bertanya itu ini pada tour guide kami tu. Jenis rumput yang digunakan la, bumbung dia jenis terbuka dari arah mana la dan macam-macam lagi. Semangat betul dia. Aku sendiri tak pernah masuk ke stadium. Sekali sekala tak salahkan. Bayaran untuk tour stadium ni 14.50 euro. Amsterdam Arena ni adalah stadium yang paling besar kat Netherlands ni. Mula dibina antara tahun 1993 - 1996. Kelab bola sepak yang bernaung di sini adalah AFC Ajax (sebutan 'ayak') sejak tahun ianya dibuka pada Ogos 1996. Kat dalam tu tengah dibuat persiapan untuk event mereka. Jadi, nampak agak serabut keadaan tengah-ten...