Amsterdam_Mei 14, 2012 - habis juga akhirnya...
Hari terakhir di bumi Holland. Tempat terakhir yang dah tersenarai dalam itinerary perjalanan kami adalah melawat Amsterdam Arena.
Aku ni bukan la peminat sukan bola sepak. Tapi, kena la adilkan. Semalam adik ipar dah seharian suntuk mengikut gelagat kami yang gila tengok tulip, arini kena layankan minat dia la pulak.
Malahan, dia la yang paling banyak bertanya itu ini pada tour guide kami tu. Jenis rumput yang digunakan la, bumbung dia jenis terbuka dari arah mana la dan macam-macam lagi. Semangat betul dia.
Aku sendiri tak pernah masuk ke stadium. Sekali sekala tak salahkan. Bayaran untuk tour stadium ni 14.50 euro.
Amsterdam Arena ni adalah stadium yang paling besar kat Netherlands ni. Mula dibina antara tahun 1993 - 1996. Kelab bola sepak yang bernaung di sini adalah AFC Ajax (sebutan 'ayak') sejak tahun ianya dibuka pada Ogos 1996.
Kat dalam tu tengah dibuat persiapan untuk event mereka. Jadi, nampak agak serabut keadaan tengah-tengah stadium. Dengan lampu-lampu besar la, kabel di sana sini.
Kami dibawa melawat ke bilik persalinan pemain (sepah wehh barangan mereka), tempat menonton vvip, tempat lepak pemain, tempat press conference biasa diadakan dan pelbagai lagi la.
Dalam sejam camtu, habislah tour kami. Destinasi seterusnya, berpatah balik ke Amsterdam central.
Untuk lunch, kami plan untuk cari restoran Malaysia. Oh, ownernye mat saleh. Mungkin kahwin dengan rakyat Malaysia. Dekorasi restaurant juga bercirikan kemelayuan. Ade wau sesuai dengan nama restaurant itu sendiri.
Suasana dalam kedai ni malap-malap aje. Masa kami sampai, dah ada dua orang pelanggan dalam tu. Pekerja kat depan tu hanya ada seorang. Kat dapur pun aku agak ada la dalam 2 orang kot. Kat Malaysia malahan kat negara Eropah lain yang pernah aku pergi, tak menjadi satu kesalahan kalau kita panggil pelayan tu dengan cara mengangkat tangan. Terkejut sungguh kami apabila mat salleh tu sound kami apabila salah seorang dari kami mengangkat tangan memanggilnya. Dia anggap perbuatan tu biadap. Wauuu! Memang wau sungguh la kami ketika itu. Adakah itu memang termaktub dalam budaya mereka atau hanya dia seorang bereaksi sedemikian, wallahualam.
Makanannya pula, boleh lah. Kalau nak melepaskan rindu pada Malaysian food. Cuma, jangan expect lebih la misalnya korang nak nasi goreng pedas. Pedasnya datang dengan cili hidup. Kat kampung aku gelar lada besar. Kalau mintak sambal belacan pulak, hmmmm....tak ada beza dengan sambal tumis kot. Malah, tak keterlaluan aku kata, sambal tumis sedap lagi.
Harganya pula, jangan expect la sepinggan nasi goreng tu paling-paling tak 10 hengget ye. No..no..no..
Selepas kenyang, perjalanan kami teruskan dengan misi terakhir. Cari 'I amsterdam ' letters. Kali pertama datang dulu, tak tahu pun ada menda alah nih. Hahaha...ni kena bergambar gak kat situ. Nasib baik jumpa. Cuma kurang best la sebab ramai orang kat situ. Orang tumpang sekaki dalam gambar kami, dan kami pun mesti la ada terselit dalam gambar mereka.
Tak sampai 15 minit, kami pun naik tram semula dan turun di Amsterdam railway central. Selepas ambil beg yang disimpan dilocker central station, terus kami bergegas ke schipol airport. Flight ke Stockholm pada pukul 9.20 malam.
Sampai Arlanda, pukul 11.20 malam. Nasib baik sempat naik airport coach. Penatnya. Sampai rumah, aku yang terawal tumbang.
Nota kaki (tangan punye keje kaki dapat nama)
Tempat yang tersenarai tapi tak sempat pergi adalah:
- madame tussauds (nasib baik dah pernah pergi)
- cat museum
- Damrak (pun dah pergi)
- Red light district (err, perlu ke nak pergi lagi sekali ke situ?huhuu)
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak