Posts

Showing posts from March, 2014

Beijing dan kehilangan

Hari yang malap dan muram. Seluruh negara masih terus berdoa dan menaruh harapan pesawat MH370 yang hilang sejak 9 hari lalu akan ditemui dalam keadaan selamat. Banyak teori dan spekulasi yang bertebaran di media sosial. Pasukan keselamatan terus menerus berusaha menjejaki dan merungkai petunjuk yang ada. Sehingga kini, aku sendiri masih tidak percaya telah kembali ke tanah air dengan selamat. Masih terasa-rasa 'kegedikan' aku untuk membeli tiket MAS pada tarikh dan waktu yang sama pesawat itu hilang. Harga promosi yang ditawarkan membuat aku dan adik-adik teruja untuk membeli tiket. Mujurlah, ketika dalam proses pembelian tiket secara online, nombor passport diperlukan untuk meneruskan pembelian. Ada passport antara kami termasuk aku telah tamat tempoh. Tertangguh pembelian tiket kami ketika itu. Apabila passport telah diperbaharui, harga promosi telah pun tamat. Enggan membazirkan duit untuk tiket yang mahal, kami putuskan untuk beli sahaja pakej all-in yang di...