Cappadocia_Day 1@Part I

Rabu, 30 April 2015 Jam 4.30 pagi, kami dikejutkan dengan wake-up call dari pihak hotel. Qory pantas bangun menyediakan sarapan. Kami dimaklumkan, pihak syarikat yang menguruskan aktiviti belon panas akan datang mengambil kami jam 5.30 pagi. Kelam kabut juga la kami bersiap. Tepat jam 5.15 pagi staff hotel dah call. Van yang akan membawa kami ke lokasi belon panas telah sedia menunggu. Kami orang pertama yang di pick-up . Selepas itu barulah van ini bergerak dari hotel ke hotel lain untuk mengambil pelancong lain. Kumpulan kedua yang diambil adalah orang dari Malaysia. Satu family Melayu dari Johor dan Singapura. Rancak la Qory berborak dengan makcik, seorang pesara guru, di dalam van yang gelap. Kami dibawa ke satu kawasan yang telah dipenuhi dengan manusia. Pemandu van ini menunjukkan tempat untuk kami solat subuh dan tempat untuk bersarapan juga ada disediakan. Roti dan air disediakan. Bancuh la sendiri. Lama juga kami menunggu disini. Tak pa...