Cappadocia_Day 1@Part I

Rabu, 30 April 2015

Jam 4.30 pagi, kami dikejutkan dengan wake-up call dari pihak hotel. Qory pantas bangun menyediakan sarapan. 

Kami dimaklumkan, pihak syarikat yang menguruskan aktiviti belon panas akan datang mengambil kami jam 5.30 pagi.

Kelam kabut juga la kami bersiap. Tepat jam 5.15 pagi staff hotel dah call. Van yang akan membawa kami ke lokasi belon panas telah sedia menunggu.

Kami orang pertama yang di pick-up. Selepas itu barulah van ini bergerak dari hotel ke hotel lain untuk mengambil pelancong lain. Kumpulan kedua yang diambil adalah orang dari Malaysia. Satu family Melayu dari Johor dan Singapura. Rancak la Qory berborak dengan makcik, seorang pesara guru, di dalam van yang gelap.

Kami dibawa ke satu kawasan yang telah dipenuhi dengan manusia. Pemandu van ini menunjukkan tempat untuk kami solat subuh dan tempat untuk bersarapan juga ada disediakan.


Roti dan air disediakan. Bancuh la sendiri. Lama juga kami menunggu disini. Tak pasti apa yang kami tunggu. Tapi semua orang rileks-rileks santai berborak sambil minum kopi.

Jam belum pun pukul 7 pagi. Apabila hari makin cerah, kami diarahkan masuk ke van semula. Van bergerak meninggalkan kawasan ini dan menuju ke satu kawasan yang dipenuhi oleh belon-belon panas yang sedang dipanaskan. hahaha. Faham tak ayat tu.

Tapi rupanya, belon untuk kami berdua bukan disitu. Selepas menurunkan kumpulan dari Malaysia tadi dan beberapa orang lagi, kami dihantar ke kawasan lain tak jauh dari situ. Sini barulah kawasan take-off untuk belon kami.


Bunyi bising api yang dipasang untuk memanaskan udara di dalam belon, memenuhi ruang dikawasan itu.


Kami sangat teruja. Excited tak ingat punya. Hihihi..

Belon kami warna kuning. Sangat ceria warnanya. Bakul yang akan kami masuk ke dalamnya ini dibahagikan kepada 4 bahagian. Setiap bahagian akan dimuatkan dengan maksima 5 orang. Jadi, jumlah keseluruhan yang diterbangkan nanti adalah 20 orang tidak termasuk pengemudi belon dan tour guide.


Sebelum kami diarahkan masuk ke dalam belon, tour guide menerangkan serba ringkas basic rules and safety measures for the balloon flight.

Ada kumpulan pelancong mat dan minah saleh bersama kami. Turut serta pelancong yang kami teka berdasarkan bahasanya, adalah dari tanah besar China. Kumpulan mereka dari China ini ramai. Tapi sayang tak faham bahasa inggeris langsung. Apabila staff belon panas ini suruh seorang dari mereka masuk ke bahagian satu lagi, mereka tercengang-cengang. Langsung tidak bergerak. 

Tak pasal-pasal la pulak kami berdua yang dah masuk ke dalam bakul, disuruh keluar dan masuk ke bahagian satu lagi. Dah la susah nak panjat masuk ke dalam bakul tu.


Elok kami dah masuk dalam bahagian yang dipenuhi oleh pelancong dari China itu, kami disuruh pula keluar dan masuk semula ke bahagian mula-mula kami masuk tadi. Hati dan mula geram. Tapi sabar lagi.

Nasib baik bahagian kami masuk itu ada dua pasangan pelancong mat dan minah saleh. Mereka lebih rileks dan cool. Walaupun sempit hampir tidak dapat bergerak di dalam bakul ini.


Setelah keadaan tenang dan semua orang telah mendapat tempat masing-masing, perlahan-lahan belon ini mula naik ke udara.

Walaupun cuaca yang agak berangin hari ini tidak membolehkan belon naik lebih tinggi, namun kami tetap bersyukur. Kalau cuaca lagi teruk, kemungkinan trip hari ini dibatalkan.

Dari atas belon, nun di bawah sana dapat dilihat pemandangan yang sebelum ini hanya ditatap dalam tv dan di dalam gambar sahaja. Pembentukan batu-batu yang unik pelbagai rupa dapat dilihat melatari kebanyakan tempat. 






Tour guide menerangkan setiap lembah yang kami lalu. Tak nak cerita dah kecantikan yang kami lihat ini. Tatap gambar aje la ye.


Tau tak kenapa naik belon panas kena awal pagi?

Sebab waktu pagi, angin tidak terlalu laju dan tidak panas. Tengok matahari naik, cantik u...



Sejam kemudian, belon mula bersedia untuk mendarat. Belon ini perlahan-lahan mendarat di belakang lori yang sedia menanti. Smooth aje pendaratannya. Tiada hentakan.


Selepas semua orang turun, staff belon panas syarikat Kapadokya ini telah menyediakan minuman dan cookies untuk celebrate kami semua. Bila tengok kami berdua tak minum champagne yang mereka sediakan, mereka terus menuangkan jus anggur untuk kami.


Punya la hinggar binggar suasana masa tu dengan pelancong dari China ni bercakap dengan suara yang kuat. Dah la tu, masa kami berdua bergambar dengan tour guide tu sambil menyerahkan sijil, mereka pulak yang tak henti-henti mengambil gambar kami tanpa meminta kebenaran.


First time kot jumpa orang Malaysia selepas trajedi MH370 tu.hisshhhhh

Paling rileks sudah tentulah pelancong dari europe tadi. Tak nampak sangat pun mereka bergambar setiap sudut dan ceruk. Kalau adapun, ambil gambar pemandangan aje. 

Lepas sejam berada di kawasan pendaratan tu, kami semua terus masuk ke dalam van dan beredar dari situ. Semua orang dihantar pulang ke hotel masing-masing dan kami orang pertama yang turun dari van.

Ada kisah sebalik aktiviti belon panas ni sebenarnya. Sampai kami dapat diskaun lagi. Tapi biarlah aku asingkan kisah itu dalam entri lain iya.

Kami sampai ke hotel jam 8 pagi ketika waktu bersarapan baru nak bermula. Nanti sambung kisah perkenalan kami dengan abang encem, peramah dan baik ya. *o*


















* punya lama draft entry ni diperap rupanya. :P


Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"