#4. Projek Mengecat

Baru semalam rasanya ke hulu ke hilir menguruskan pelbagai perkara. Pindah kotak dan barang kecil hari-hari ke rumah baru. Sampai ke kemuncak pindah sepenuhnya sebelum hari kemerdekaan 2017 dan menyambut hari raya qurban di rumah baru. Sedar tak sedar, dah menyambut sekali lagi sambutan kemerdekaan dan raya qurban. Pun selepas setahun, rumah masih dalam keadaan yang saya tidak puas hati susunannya. Tak dapat idea lagi bagaimana nak susun bagi hati dan mata puas memandang. Bila datang rasa nak mengubah suai dalam rumah, otak jadi tak berhenti berfikir. Ni lah masalah saya. Terfikir-fikir. Terbayang-bayang hasil idaman. Hahaa..ada tak yang perangai macam saya? Saya mula bosan tengok dinding rumah yang warnah cerah tu. Tambahan pula, bila disandarkan perabot ke dinding, nampak la kesan-kesan hitam di dinding. Sakit betul mata melihatnya. Dinding juga lama-lama dah nampak kesan tompokan kekuningan. Adakah ianya berpunca dari kualiti cat kapur yang digunakan oleh pem...