#4. Projek Mengecat
Baru semalam rasanya ke hulu ke hilir menguruskan pelbagai perkara. Pindah kotak dan barang kecil hari-hari ke rumah baru. Sampai ke kemuncak pindah sepenuhnya sebelum hari kemerdekaan 2017 dan menyambut hari raya qurban di rumah baru. Sedar tak sedar, dah menyambut sekali lagi sambutan kemerdekaan dan raya qurban.
Pun selepas setahun, rumah masih dalam keadaan yang saya tidak puas hati susunannya. Tak dapat idea lagi bagaimana nak susun bagi hati dan mata puas memandang.  
Bila datang rasa nak mengubah suai dalam rumah, otak jadi tak berhenti berfikir. Ni lah masalah saya. Terfikir-fikir. Terbayang-bayang hasil idaman. Hahaa..ada tak yang perangai macam saya?
Saya mula bosan tengok dinding rumah yang warnah cerah tu. Tambahan pula, bila disandarkan perabot ke dinding, nampak la kesan-kesan hitam di dinding. Sakit betul mata melihatnya. Dinding juga lama-lama dah nampak kesan tompokan kekuningan. Adakah ianya berpunca dari kualiti cat kapur yang digunakan oleh pemaju?
Semenjak timbul idea nak menukar penampilan dinding, saya mula membuat pencarian. Antara cat dan wallpaper. Dinding asal nak ditukar hanya bilik master dan 3 dinding di ruang tamu dan makan. Jumlah adalah 5 dinding.
Perbandingan harga yang saya dapat:
1. Wallpaper = RM1500
2. Upah mengecat (2 warna + tanpa undercoat) = RM650 (cat beli sendiri)
3. Upah mengecat (2 warna + tanpa undercoat) = RM1050 (termasuk cat)
4. Upah mengecat (tidak kisah bil. warna + undercoat) = RM800 (cat beli sendiri)
5. Cat Nippon (1 dinding menggunakan momento paint) = RM2730 (ini termasuk harga cat)
Berbelah bahagi rasa. Satu hari, saya nekad pergi ke kedai hardware. Saya beli 15liter cat termasuk wall sealer berserta peralatan mengecat. Saya nekad nak mengecat sendiri!
Saya tak pernah ada pengalaman mengecat. Berpandukan ilmu di internet serta video di youtube, saya memulakan misi mengecat pada minggu yang mempunyai cuti umum yang panjang. Tak tahu saya mampu ke tidak nak melengkapkan misi dalam tempoh cuti umum tersebut, saya ambil cuti 3 hari lagi.
Balik dari kedai hardware, saya mulakan operasi. Saya ikut tips dan saranan yang saya temui di internet.
1. Bersihkan dinding terlebih dahulu.
2. Kemudian, tampal tape di tempat yang tak nak di cat.
3. Cat menggunakan berus di sekeliling kawasan dinding serta di bahagian berhampiran siling dahulu
4. Cat wall sealer terlebih dahulu. Biarkan kering sekurang-kurangnya 2 jam. Kalau boleh semalaman lagi bagus
5. Saya cat dua lapis untuk sealer. sebab mata rasa macam tak best tengok warna asal dinding masih kelihatan bila cat selapis sahaja.
6. Bila dah kering sepenuhnya, saya mula mengecat cat warna. Ada petua yang saya jumpa di internet menyatakan, cat perlu dicampur dengan air. Ada nisbah diberikan. Nasib baik juga, saya ada jumpa saranan lain dimana, cat tak perlu dicampur air sekiranya kita nak mengecat rumah sendiri. Kebiasaannya tukang cat campur dengan air sebab nak berjimat.
Ok, saya pilih yang menyenangkan kerja. Tak perlu campur air. Hanya kacau cat sehingga warna sekata. Masa mula-mula buka tin cat, tengok warna cat tu alahaii tak menariknya warna. Pudar dan kusam. Dalam hati dah risau, alamak betul ke pilihan warna saya ni.
Bila dah dikacau rata, baru nampak cantik warnanya. Alhamdulillah sukanya hati saya melihat hasilnya. Serta merta suasana dalam rumah bertukar rupa. Ini menambahkan semangat saya untuk mengecat sampai habis di dinding ruang tamu dan ruang makan.
Bila dah habis mengecat dinding-dinding tersebut, cat banyak sangat berlebih. Memang saya beli banyak dari kuantiti diperlukan. Sebab kalau beli seliter-seliter, harga mahal lagi. Ambil 5 liter lebih murah.
Apa lagi, semangat membara-bara untuk saya habiskan sampai ke dinding dapur. Cuma renyah sikit sebab kat dapur ada banyak barang. Kena alihkan satu persatu. Kena tolak peti ais ketepi. Buka skru rak yang dah dipasang di dinding. Memang meletihkan. Tapi saya buat secara santai aje. Tak ada nak push diri. Bila penat saya berhenti kejap. Siap boleh menonton tv dulu. Lipat baju sambil-sambil menonton.
Kelebihan buat sorang diri, bila lapar makan apa je left over yang ada dalam peti sejuk. Tak perlu tambah penat nak memasak. Bila letih, rehat sampai tertidur.
Untuk dinding dapur, saya nak menampilkan perspektif yang berlainan. Maklumlah, saya guna warna yang sama seperti ruang tamu dan ruang makan.
Datang idea untuk buat separuh-separuh warna dan pisahkan dengan satu jalur. Bimbang juga nampak pelik bila dah siap, tawakal aje lah. Bila tengok hasilnya, saya boleh tersenyum lebar. Paling penting, cantik di mata saya sudah la.
Keseluruhannya, kerja mengecat yang saya rasa mustahil untuk saya buat, akhirnya hasil terbentang depan mata. Saya suka sangat-sangat, dan rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mematahkan pelbagai halangan yang saya sendiri cipta.
Sebulan selepas kerja mengecat tersebut, datang pula idea lain. Nak sambung cat di hallway. Rasa macam mudah sebab ruangan ni tak ada barang. Tapi rupanya paling renyah sebab tiba-tiba mentol di kepala menyala. Nak tampilkan kelainan di dinding ini sebab saya berangan-angan nak jadikan ruangan ini galeri gambar-gambar personal saya.
Masih menggunakan warna yang sama, saya tambah lagi 2 liter cat bewarna hijau cerah tu. Nasib baik saya tak beli 3 liter. Sebab rupanya berbaki banyak juga selepas habis mengecat.
Asalnya saya nak buat corak ala-ala wainscoting. Saya tak rujuk mana-mana pun corak tu cuma datang idea secara spontan. Bila dah dilekatkan masking tape, tiba-tiba muncul idea lain. Terus la jadi seperti dalam gambar ni.
Selesai mengecat ni, saya sekali lagi browse internet terjumpa la blog brader ni pun buat corak wainscoting yang saya nak buat pada mulanya tu. Ada orang dah terlebih dahulu dapat idea tu rupanya. Design saya buat ni pulak dah ada kawan dan jiran yang minta gambar untuk rujukan :)
Jadi, apa yang saya dapat rumuskan bila dah ada pengalaman mengecat sendiri, tak susah sebenarnya. Hanya leceh dan renyah untuk penyediaan sebelum mengecat. Macam nak bersihkan dinding dan tampal-tampal masking tape tu. Bila nak buat yang bercorak macam saya buat ni, lagi la leceh. Kena ukur satu demi satu. Jarak dan saiz setiap frame yang nak dibuat kena sama.
Once dah start mengecat, lebih-lebih lagi menggunakan roller tu, sekejap je dah habis kerja mengecat. Lepas tu dah boleh laa..lalla..dah
Ok, dah settle semua kerja, mari kita buat kira-kira.
1. Cat (2 warna + wall sealer) = RM485 (22liter cat-ada baki)
2. Peralatan mengecat = RM68.50
Jumlah = RM553.50
Murah ke mahal?
Katakanlah saya beli sendiri cat tu dan upah orang mengecat. Total kos saya sekurang-kurangnya RM1200. Tapi tu untuk kiraan 5 dinding sahaja dan tanpa kerja undercoat. Ini saya dapat cat 8 dinding dengan boleh buat simple design untuk ruang tertentu yang saya nak. Kalau upah orang, tak tahulah ini dikenakan cas yang berlainan ke tidak.
Cuma kena korban masa dan tenaga lah. Saya pun lepas habis mengecat, sakit sendi-sendi jari tangan. Pada awal mengecat, saya gunakan extension pole untuk mengecat kawasan-kawasan tinggi. Tapi lama kelamaan saya rasa susah pulak pakai extension pole ni. Susah nak mengawal pergerakan dan tekanan roller. Kadang-kadang terbabas ke area yang saya tak nak. Akhirnya saya lebih rela turun naik tangga entah berapa belas atau puluh kali untuk siapkan kerja mengecat.
# 2 tahun peram posting ni akhirnya publish jugak :D

lepas bac, baru perasan kenapa kos upah cat ni mahal yer..hehe
ReplyDelete