Posts

Terkenang la pulak...

Image
Tengah-tengah mengemas, terjumpa tiket bas ekspres ni kat celah buku. Wahh, tiket ni dah berusia hampir 12 tahun. Masa tu, harga tiket RM6 sehala. Sekarang tak tahu la dah naik berapa ringgit. Lama dah tak naik bas balik ke kampung. Hmm rindu pulak kenangan masa tu... Published with Blogger-droid v1.7.4

Citi dah pulih

Image
Sebelum rawatan & Selepas rawatan Published with Blogger-droid v1.7.4

Citi dah insaf mama...

Image
Dah lebih 5 tahun balik kampung setiap kali Syawal, pertama kali Citi injured. Hari raya ke-3, tanpa disedari sesiapa, dia keluar rumah. Tau-tau je, dia muncul dengan badan kotor dan busuk giler. Lumpur dan bau taik menusuk hidung. Masa nak mandikan dia malam tu, aku dah cek badan dia. Tak ada tanda-tanda luka. Tapi, dia memang garang sangat masa tu. Tak pernah tengok dia macam tu selama ni. Rupa-rupanya, ada luka kat kaki dia yang aku tak nampak. Tersembunyi disebalik bulunya yang tebal itu. Dah empat hari balik dari kampung, baru aku nampak kaki kanannya yang dah bengkak dan bewarna merah. Itupun sebab kawasan yang luka tu, dah botak. Bawa pergi klinik di Bangi, doc kata luka tu bernanah. Sebab nanah dah pecah, tu yang nampak merah dan bengkak. Doc cuci luka tu dan bagi makan pil antibiotik dan ubat hilangkan bengkak. Kesian Citi. Kucing mana la yang dok gigit Citi. Seumur hidup dia, mana pernah bergaduh. Tiba-tiba kena serang macam tu sampai dia trauma. Sel...

Cian budak ni...

Image
Bila tido camtu, nampak kesian sangat dia. Ekor siap simpan tu Published with Blogger-droid v1.7.4

CITI & the new house

Image
Published with Blogger-droid v1.7.4

Family gathering_@_Aidilfitri 2011

Image
Yes! Berjaya juga BBQ yang dirancang. Untuk permulaan ni, menu tak banyak. Alhamdulillah, kebanyakan makanan disediakan, licin. Coleslaw habis Ikan patin laris Ayam & daging perap dengan sos buatan sendiri. Gamble je pakai resepi dari internet. Nasib baik menjadi. * Daging tak sempat ambik gambar, dah selamat.. Fries pun licin Dah tinggal 4 ketul potato wedges ni. Nasib baik sempat snap gambo... Air punch pun cukup-cukup je Tak termasuk dalam gambar adalah nasi goreng cina, nasi dagang, daging & cocktail. Tahun depan boleh buat lagi. Ke, raya haji pulak? :-)

Macam-macam daaa....

Image
Fesyen musim panas. Jangan buat kat Malaysia ye. Tak pasal-pasal nanti dapat "sijil". Kayuhan basikal mesti makin laju kan bila pakai camni? Tak ada rintangan angin. Anjing-anjing ni comel dan baik sangat, rasa nak usap aje kepala mereka. Tengok tu, dia tak 'dengki' pun dengan tuannya yang sedang membaca. Setia je tunggu kat sisi. Santai...tengah panas pun boleh baca buku. Gambar agak blur. Maklum, curi-curi ambil gambar minah saleh ni... Tax di Sweden memang tinggi. Tapi tengok lah ke mana hasil cukai tersebut dilaburkan... Antaranya, semua warga emas mendapat bantuan rullator untuk kemudahan mereka. Rullator ni berfungsi 2+1. Tongkat dan kerusi.