Posts

Showing posts from 2009

Barkaby...28.06.2009

Image
Pukul 4.30 pagi aku dah terjaga. Bilik dah terang benderang. Aku tidur semalam masih cerah, bangun tidur pagi ni pun dah cerah. Tak sempat tengok bila waktu gelap tu muncul. Cuma yg tak bestnya bila badan mula rasa nak demam. kepala panas, badan rasa semacam dan tekak pulak sakit. alhamdulillah, kepala tak sakit atau pening, maka boleh la aku nak pegi jalan2... Program hari ni??? Lepas berkemas umah, kami pergi shopping kat Barkaby. Kat sini boleh beli barang branded dengan harga yang lebih murah. Contohnya beg Samsonite. Aku dah rembat satu beg beroda saiz besar,satu waist beg, baju dan 2 pasang sandal. Hehehe.. Jauh juga Barkaby ni dari rumah Qory. Kena bertukar2 tren dan kemudian naik bas pulak. Rasanya dalam 1 jam jugak la nak sampai ke sini.

Flottsbro, IKEA...27.06.2009

Image
1 2.00 pm Selepas bersarapan, mandi dan berehat sebentar, aktiviti pertama dimulakan. Plan asal nak pergi ke factory outlet yang terletak di Barkaby (Pompuan memang tak akan pernah mizz untuk shopping ). Disebabkan drawer baju Qory rosak, kami tukar plan pergi ke IKEA. Untuk pengetahuan bagi yang belum tahu, IKEA berasal dari Sweden. Kiranya aku pergi ke mak segala IKEA la. Dalam perjalanan ke IKEA tu, kami singgah ke Flottsbro. Flottsbro ni adalah kawasan tasik di mana menjadi pilihan untuk masyarakat di sini berkelah sambil mandi manda atau pun berjemur. Cantik sungguh tasik dan hutan kat sini. Besar sangat tasik ni macam laut pulak. Orang punya ramai walaupun sekarang matahari sedang tegak atas kepala. Kalau kat Malaysia, orang akan mengelak duduk tengah panas, tapi kat sini mat dan minah saleh ni selamba berjemur dengan hanya memakai pakaian mandi. Tak hairanlah kalau kami berdua menjadi perhatian sebab datang berpakaian penuh dari kepala sampai ke kaki. Walaupun ...

Akhirnya aku di sini... 27.06.2009

Image
8.30am (Malaysia) Entah pukul berapa aku terlena, sedar2 dah cerah kat luar, tapi hanya nampak kepulan awan yang memutih. Aku tak pasti berada di ruang angkasa negara mana sekarang ni. Dah 8 jam aku duduk dalam kapal terbang ni. Pramugari tengah sibuk hidangkan breakfast. Menu pilihan aku? Mestilah Malaysian Breakfast..Nasi Lemak Lepas breakfast, aku ambil peluang untuk ambil gambar langit yang membiru beserta kepulan awan yang memutih menerusi tingkap flight. Cantik sungguh. Rasa macam duduk dalam alam fantasi pulak. Duduk di window seat ni memang menguntungkan kalau nak ambil gambar pemandangan luar flight. Cuma yang tak berapa bestnya, bila nak keluar dan masuk ke seat terpaksa lalu depan orang. Dah la penumpang aisle seat tu lelaki mat saleh yang berbadan besar dan berkaki panjang. 11.45am (Malaysia) Waktu Malaysia dah menghampiri 11.45am. Kapal terbang ni makin menghampiri Stockholm. Beza waktu Malaysia dan Sweden ialah 6 jam. Bermakna, di Stockholm sekarang ni baru pukul 5.45 am...

Putrajaya...26 Jun 2009 (Fri)

Image
Hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang. Ingat ambik time-off untuk balik awal sikit, tapi akhirnya pukul 2pm jugak aku meninggalkan pejabat. Dari pejabat, terus ke pasar tani untuk beli beberapa barang untuk Qory. Antaranya, mee kuning, cili hidup dan cili padi. Mee kuning memang tak ada di sana. Cili padi ada dijual, tapi maklumlah, harganya mahal bila convert duit Malaysia. Kalut juga mengemas beg dalam masa yang singkat. Nak kemas rumah lagi, buat itu ini. Adoii penatnya rasa.. Berangkat ke Sweden dihantar oleh adik aku ke KLIA. Flight delay malam tu. Patut terbang pukul 11.55pm, jam 12.30am baru fly. Dah masuk hari baru. Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam, aku tak tidur sangat. Pukul 2am, makanan dihidangkan yang aku anggap macam supper tapi menunya makanan berat. Nasi lagi tuuuu...Habis program diet aku

Kali Pertama

Image
Aku mulakan blog ni selepas balik dari Sweden. Pemergian kali kedua ini membawa aku sehingga ke Paris dan Amsterdam. Alhamdulillah, pengalaman melihat keindahan ciptaan Tuhan di negara orang menjadi kenangan paling manis, indah dan berharga dalam hidup aku. Ramai yang pelik, hairan dan tertanya bagaimana aku begitu mudah mendapat cuti lama.Well, rezeki aku kot sebab bos tak perasan dah 'tersign' cuti aku 3 minggu.Hahaha...jangan marah bos :-) Tak kurang juga ramai yang mempersoalkan tindakan aku bercuti ke Eropah disaat wabak H1N1 diperkatakan dengan hebatnya ketika ini. Aku bukan nak cari penyakit, tapi bagi aku kalau dah takdirnya nak terkena, duduk diam kat Malaysia ni pun boleh dijangkiti jugak. Walaubagaimanapun, aku mengerti dan faham, niat mereka suci lagi murni sebab mereka sayang kat aku (adik beradik aku laa terutamanya). So, terima kasih untuk kalian yang support dan mendoakan kesejahteraan aku sepanjang disana. Terima kasih gak untuk en. shahriman yang siap bekalkan...