Akhirnya aku di sini... 27.06.2009

8.30am (Malaysia)

Entah pukul berapa aku terlena, sedar2 dah cerah kat luar, tapi hanya nampak kepulan awan yang memutih. Aku tak pasti berada di ruang angkasa negara mana sekarang ni. Dah 8 jam aku duduk dalam kapal terbang ni. Pramugari tengah sibuk hidangkan breakfast. Menu pilihan aku? Mestilah Malaysian Breakfast..Nasi Lemak

Lepas breakfast, aku ambil peluang untuk ambil gambar langit yang membiru beserta kepulan awan yang memutih menerusi tingkap flight. Cantik sungguh. Rasa macam duduk dalam alam fantasi pulak. Duduk di window seat ni memang menguntungkan kalau nak ambil gambar pemandangan luar flight. Cuma yang tak berapa bestnya, bila nak keluar dan masuk ke seat terpaksa lalu depan orang. Dah la penumpang aisle seat tu lelaki mat saleh yang berbadan besar dan berkaki panjang.

11.45am (Malaysia)

Waktu Malaysia dah menghampiri 11.45am. Kapal terbang ni makin menghampiri Stockholm. Beza waktu Malaysia dan Sweden ialah 6 jam. Bermakna, di Stockholm sekarang ni baru pukul 5.45 am. Kat luar nampak macam gelap. Aku fikir di Sweden mesti masih gelap waktu ni. Tak sabar rasanya nak tengok di mana titik cerah ini akan berakhir. Mungkin juga tak gelap sangat, sebab menurut cerita Qory sekarang musim panas di mana siang menjadi lebih panjang dari malam. Apa-apapun, aku akan melihat sendiri keadaan tu.


12.10am (Malaysia)

Alhamdulillah dah selamat mendarat di Arlanda Airport. Macam tak percaya waktu di Sweden sekarang baru pukul 6.10 pagi, tapi cerah sangat kat luar sana macam dah pukul 9 pagi di Malaysia. Betul la kata Qory...


Punya la lama menunggu beg keluar. Sempat berkenalan dengan sepasang suami isteri dari Kota Bharu, Kelantan. Si isteri aku rasa berketurunan India manakala suaminya Cina. Kieran (isteri) datang ke sini untuk menghadiri conference di Gothenburg. Menurut mereka, ini adalah kali pertama menjejakkan kaki ke negara ini. Aku tak dapat nak menolong mereka mengenali tempat ini lebih-lebih walaupun aku dah dua kali datang ke sini. Sorry ya guys!

Qory datang ambil aku kat airport dengan kereta Toyota Yaris. Rasa kekok tengok pemandu duduk sebelah kiri dan pandu di lane kanan. Sampai di rumah dia pukul 8.30am waktu Sweden. Dia tinggal di Flemingsberg yang terletak dalam daerah Huddinge. Comel dan kemas sangat rumahnya. Kesian dia, 2 hari berturut-turut pergi ke airport. Petang sebelum aku sampai, dia hantar kawan-kawannya ke airport. Mereka nak balik ke Malaysia setelah datang ke sini untuk melancong

Opsss!kat sini matahari memancar, tapi sejukkk..

Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"