Selepas bersarapan, mandi dan berehat sebentar, aktiviti pertama dimulakan. Plan asal nak pergi ke factory outlet yang terletak di Barkaby (Pompuan memang tak akan pernah mizz untuk shopping). Disebabkan drawer baju Qory rosak, kami tukar plan pergi ke IKEA. Untuk pengetahuan bagi yang belum tahu, IKEA berasal dari Sweden. Kiranya aku pergi ke mak segala IKEA la.
Dalam perjalanan ke IKEA tu, kami singgah ke Flottsbro. Flottsbro ni adalah kawasan tasik di mana menjadi pilihan untuk masyarakat di sini berkelah sambil mandi manda atau pun berjemur. Cantik sungguh tasik dan hutan kat sini. Besar sangat tasik ni macam laut pulak. Orang punya ramai walaupun sekarang matahari sedang tegak atas kepala. Kalau kat Malaysia, orang akan mengelak duduk tengah panas, tapi kat sini mat dan minah saleh ni selamba berjemur dengan hanya memakai pakaian mandi. Tak hairanlah kalau kami berdua menjadi perhatian sebab datang berpakaian penuh dari kepala sampai ke kaki. Walaupun berpakaian dua lapis, langsung tak berpeluh. Bezanya kat sini, walaupun panas, tapi tiupan anginnya sangat menyejukkan. Bila aku celup tangan di dalam tasik, aduhhh sejuknya air...
Setelah menghabiskan masa 1 jam kat situ, kami meneruskan perjalanan ke IKEA di Kungens Kurva. Sampai di sana, isi perut dulu baru cari barang yang nak dibeli. Apa yang boleh dimakan kat situ hanyalah salad dan ikan Salomon atau Lax dalam bahasa Swedish.
Kami sampai ke rumah dalam pukul 4 petang. Lepas solat Zuhur, keluar semula untuk pulangkan kereta sewa di Rinkeby.
Kat sini menyewa kereta hanya berurusan di stesen minyak. Ada banyak pakej ditawarkan. Contohnya kalau nak yang mileage 100km, harga lebih murah. Kalau bawak kereta melebih 100km yang dibenarkan, akan dicharge per kilometer. Satu lagi yang free mileage tapi lebih mahal harganya. Biasanya, pakej yang ke 2 tu harga dalam SEK 550 bagi 2 hari untuk kereta jenis Toyota.
Setelah selesai urusan pemulangan dan pembayaran kereta, kami singgah ke kedai Arab di situ. Nama kedai ni JND Saluhal. Kedai ni menjual daging halal. Lepas membeli beberapa barang keperluan dapur, kami lepak depan kedai sambil makan bekalan nasi goreng yang dibawa dari rumah. Menjadi perkara biasa di sini, bila keluar membawa bekal sendiri sebab kat sini susah nak jumpa restoran yang menjual makanan halal. Kalau adapun, hanya kebab dan harganya mahal. Jangan terkejut bila tengok saiz pinggan kat restoran di sini.Memang besar dan makanan pun banyak. Kalau makan kebab tu, aku selalunya tak habis dan Qory la yang akan menjadi mangsanya...hehehe..
Pekan Rinkeby ni dihuni oleh ramai imigrant Arab dan Africa. Menurut kata Qory, kerajaan Sweden memang menyediakan kawasan perumahan khas untuk golongan ini. Mereka juga diberi elaun untuk diri dan keluarga. Kelas bahasa Sweden disediakan secara percuma. Untungkan? Tapi lebih untung bagi kita yang duduk di negara yang aman dan makmur ni.
Dari Rinkeby, kami menaiki T-banna (Tunnelbanna) untuk ke T-Centralan. T-banna ni macam LRT kat Malaysia. T-Centralan tu pula, lebih kurang KL Sentral la. Dari T-Centralan, tukar naik pendeltag (Komuter) untuk ke Flemingsberg. Dari stesen Flemingsberg, naik bas no. 740 untuk balik rumah.
Sampai rumah pukul 9.30 malam. Tapi kat luar masih cerah gila. Macam tak percaya. Kalau kat Malaysia dah gelap gelita waktu ni. Oleh kerana penangan jet lag, dalam train tadi entah berapa kali aku terlelap. Apa taknya, waktu di Malaysia sekarang ni dah pukul 3.30 pagi. Aku sepatutnya sedang enak dibuai mimpi. Ini tak, baru balik berjalan. Walaupun masih cerah di luar, tidak menghalang aku untuk tidur dengan lenanya. Maghrib masuk dalam pukul 10.35 malam, manakala Subuh pula pukul 2.30 pagi. Memang lari la jadual tidur aku nampak gayanya.
Baru semalam rasanya ke hulu ke hilir menguruskan pelbagai perkara. Pindah kotak dan barang kecil hari-hari ke rumah baru. Sampai ke kemuncak pindah sepenuhnya sebelum hari kemerdekaan 2017 dan menyambut hari raya qurban di rumah baru. Sedar tak sedar, dah menyambut sekali lagi sambutan kemerdekaan dan raya qurban. Pun selepas setahun, rumah masih dalam keadaan yang saya tidak puas hati susunannya. Tak dapat idea lagi bagaimana nak susun bagi hati dan mata puas memandang. Bila datang rasa nak mengubah suai dalam rumah, otak jadi tak berhenti berfikir. Ni lah masalah saya. Terfikir-fikir. Terbayang-bayang hasil idaman. Hahaa..ada tak yang perangai macam saya? Saya mula bosan tengok dinding rumah yang warnah cerah tu. Tambahan pula, bila disandarkan perabot ke dinding, nampak la kesan-kesan hitam di dinding. Sakit betul mata melihatnya. Dinding juga lama-lama dah nampak kesan tompokan kekuningan. Adakah ianya berpunca dari kualiti cat kapur yang digunakan oleh pem...
Meh kita cite sikit fakta mengenai Sweden. Negara ini merupakan sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia di Eropah Utara. Panggilan lain untuk Sweden adalah Sverige. Merupakan negara ke-3 terbesar di Kesatuan Eropah dengan kepadatan penduduk 9.3 juta. Ibu negaranya ialah Stockholm. Sweden merupakan negara socialis. Ni wilayah2 yang terdapat di Sweden: Ångermanland · Blekinge · Bohuslän · Dalarna · Dalsland · Gästrikland · Gotland · Halland · Hälsingland · Härjedalen · Jämtland · Lappland · Medelpad · Närke · Norrbotten · Öland · Östergötland · Scania (Skåne) · Småland · Södermanland · Uppland · Värmland · Västerbotten · Västergötland · Västmanland Lawatan aku ke sana sempat pergi ke 3 wilayah iaitu Uppland (Stockholm), Östergötland (Linköping) dan Uppland (Uppsala). Negara yang berjiran dengan Sweden adalah Estonia, Latvia (Negara ni aku dah pegi masa musim luruh 2008), Lithuania, Russia, Poland, Germany, Norway and Denmark. Merupakan negara 4 musim, aku difahamkan Sweden mengal...
Rabu, 30 April 2015 Jam 4.30 pagi, kami dikejutkan dengan wake-up call dari pihak hotel. Qory pantas bangun menyediakan sarapan. Kami dimaklumkan, pihak syarikat yang menguruskan aktiviti belon panas akan datang mengambil kami jam 5.30 pagi. Kelam kabut juga la kami bersiap. Tepat jam 5.15 pagi staff hotel dah call. Van yang akan membawa kami ke lokasi belon panas telah sedia menunggu. Kami orang pertama yang di pick-up . Selepas itu barulah van ini bergerak dari hotel ke hotel lain untuk mengambil pelancong lain. Kumpulan kedua yang diambil adalah orang dari Malaysia. Satu family Melayu dari Johor dan Singapura. Rancak la Qory berborak dengan makcik, seorang pesara guru, di dalam van yang gelap. Kami dibawa ke satu kawasan yang telah dipenuhi dengan manusia. Pemandu van ini menunjukkan tempat untuk kami solat subuh dan tempat untuk bersarapan juga ada disediakan. Roti dan air disediakan. Bancuh la sendiri. Lama juga kami menunggu disini. Tak pa...
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak