Posts

Showing posts from April, 2011

Buat jahat dibalas jahat

Sebuah kisah benar dari seorang kawan.... Satu hari, seorang perempuan ni perasan kereta dia bercalar. Tanpa bukti, dia syak pemilik kereta yang parking sebelah kereta dia punya angkara. Apa lagi, dengan menggunakan kunci keretanya, dia calarkan kereta orang tu sebab nak balas dendam. Minggu depannya..... Kawan aku ni perasan kereta perempuan tu bercalar teruk dari depan sampai ke kebelakang. Bila tanya, kena kat mana? "Masa pergi Jom Heboh.."....hmmm, patut kata apa tu? balasan ke? Moralnya, jangan sesekali buat jahat pada orang. Tak ada bukti, jangan pakai tuduh. Paling tak boleh, buat aniaya kat orang. Zaman sekarang ni, perempuan pun dah sama ganas dengan perangai lelaki (bukan semua lelaki). Bukannya aku tak pernah terkena dengan orang yang buka pintu kereta sampai berdentum ke pintu kereta aku, lepas tu buat selamba. Nak minta maaf? Jauh sekali. Aku sendiri kalau lalu di tepi kereta orang, punya la jaga hand bag atau apa-apa juga barang yang ada di tangan jangan terke...

Oct 12, 2008_Skansen @ Sweden

Image
Hari ni cuaca sangat cerah. Matahari memancar, namun, cerah bukan bermaksud panas. Baju panas yang tebal itu masih perlu dibawa sebaik sahaja melangkah keluar dari bangunan kami menginap ini. Di sinilah tempat penginapan Qory. Tempat ini khusus untuk pelajar. Aku teringin sangat nak posing di atas dedaunan bewarna kuning dan coklat yang berguguran di atas tanah ini. Tapi sayangnya, hasrat tak terlaksana. Historika Museet yang terletak berhampiran tempat penginapan Dari bilik, kami hanya berjalan kaki ke stesen universititet tunnel bana Destinasi kami pada hari Ahad ini adalah ke Skansen iaitu sebuah muzium terbuka dan zoo Sweden yang terletak di pulau Djurgården. Muzium ini diasaskan pada tahun 1891 oleh Artur Hazelius (1833-1901) untuk mempamerkan cara dan gaya hidup penduduk Sweden dari bahagian yang berbeza sebelum era industri. Sejarah muzium ini bermula apabila tempoh perubahan paling besar yang berlaku pada abad ke-19 di Eropah dan Sweden tidak terkecuali. Kehidupan ked...

Badi Berlalu PERGI

Image
Baru aje aku cerita dalam entry ini pasal tuah lucky draw . Tak sangka, buat pertama kali dalam hidup, sangkut juga tuah ini pada aku. Kali ini bukan semua orang dapat. hahaha..walaupun hadiah biasa aje, tapi sangat bermakna. Dapat 1st draw pulak tu. Masa nama diumumkan, aku pun tak dengar sebab leka berbual dengan kawan masa sama-sama belajar di Uitm dulu. Dah lama tak jumpa, macam-macam yang diborakkan. Bila kawan-kawan ucap tahniah dapat cabutan tu, baru aku tahu. Itu pun berkali-kali tanya, betul ke nama aku yang diumumkan?hehehe Elok sangat hadiah yang dapat ni pun. Macam tau-tau aje aku ni suka framekan gambar...:)

Itu memang rezeki aku...

Aku bukanlah seorang yang bertuah dalam setiap acara cabutan bertuah. Seumur hidup, hanya sekali aku pernah dapat hadiah cabutan bertuah. Itupun sebab, semua orang dapat (hanya berbeza barangan). Hahahaha! Kalau tak, jangan haraplah. Tapi, kalau bab makanan, aku akui, memang murah rezeki. Contohnya, peristiwa yang berlaku pada aku hari ini. Semalam, teringin sangat nak makan laksa Johor bila terdengar seorang kawan menyebut tentang makanan ini. Tak apalah, bukan rezeki aku semalam. Tup-tup, hari ini, semasa mesyuarat terhimpun persatuan di pejabat, makanan yang dijamu adalah laksa Johor. Pantas, ucapan Alhamdulillah meniti di bibir. Selalunya, apabila aku teringin nak makan sesuatu, kalau tak hari yang sama, esoknya, mesti aku akan dapat makanan yang diidamkan. Bukan dapat dengan cara aku beli atau masak sendiri, tetapi dari sumber yang tak disangka-sangka. Teringin nak makan bubur nasi, esoknya, ada aje insan berhati mulia sedekah kat aku. Terfikir nak makan nasi lemak, pagi-pagi dah ...