Itu memang rezeki aku...
Aku bukanlah seorang yang bertuah dalam setiap acara cabutan bertuah. Seumur hidup, hanya sekali aku pernah dapat hadiah cabutan bertuah. Itupun sebab, semua orang dapat (hanya berbeza barangan). Hahahaha! Kalau tak, jangan haraplah.
Tapi, kalau bab makanan, aku akui, memang murah rezeki. Contohnya, peristiwa yang berlaku pada aku hari ini.
Semalam, teringin sangat nak makan laksa Johor bila terdengar seorang kawan menyebut tentang makanan ini. Tak apalah, bukan rezeki aku semalam.
Tup-tup, hari ini, semasa mesyuarat terhimpun persatuan di pejabat, makanan yang dijamu adalah laksa Johor. Pantas, ucapan Alhamdulillah meniti di bibir.
Selalunya, apabila aku teringin nak makan sesuatu, kalau tak hari yang sama, esoknya, mesti aku akan dapat makanan yang diidamkan. Bukan dapat dengan cara aku beli atau masak sendiri, tetapi dari sumber yang tak disangka-sangka. Teringin nak makan bubur nasi, esoknya, ada aje insan berhati mulia sedekah kat aku. Terfikir nak makan nasi lemak, pagi-pagi dah ada orang hantar. Berhajat nak makan mee kari, tanpa disangka, ketika berkunjung ke rumah makcik, dijamu dengan makanan tersebut.
Point yang aku nak sampaikan adalah, kita sebagai orang Islam, selalu berdoa dimurahkan rezeki. Rezeki itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada orang, rezekinya murah dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM). Ada yang sentiasa bertuah dalam setiap acara cabutan bertuah. Diberi kesihatan yang elok sepanjang usia, juga satu rezeki. Aku pula, doa murah rezeki aku tu, Allah hadirkan dalam bentuk makanan.
Allah lebih mengetahui rezeki terbaik untuk diberi kepada setiap hambaNYA. Mungkin, kalau aku murah rezeki dalam RM, aku akan jadi manusia tamak, pentingkan diri, berlagak dan sebagainya.
Kenapa semalam bukan rezeki aku untuk makan laksa Johor? Sebab Allah dah tahu, hari ini, aku akan dapat makanan yang sama. Cuba bayangkan, kalau makan laksa Johor dua hari berturut-turut, berapa lemak dan kolesterol yang terkumpul dalam badan? Tambah lagi dengan sebiji karipap dan sekeping kuih bakar. Tak kurang 600kcal yang diambil hanya untuk sekali makan. Dah la semalam tak bersenam langsung. Ertinya, aku hanya akan menyeksa badanku sendiri.
Itulah hikmahnya :)...yeaahhh!
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak