Oct 12, 2008_Skansen @ Sweden

Photo Sharing and Video Hosting at Picasa


Hari ni cuaca sangat cerah. Matahari memancar, namun, cerah bukan bermaksud panas. Baju panas yang tebal itu masih perlu dibawa sebaik sahaja melangkah keluar dari bangunan kami menginap ini.

Di sinilah tempat penginapan Qory. Tempat ini khusus untuk pelajar.


Aku teringin sangat nak posing di atas dedaunan bewarna kuning dan coklat yang berguguran di atas tanah ini. Tapi sayangnya, hasrat tak terlaksana.


Historika Museet yang terletak berhampiran tempat penginapan


Dari bilik, kami hanya berjalan kaki ke stesen universititet tunnel bana


Destinasi kami pada hari Ahad ini adalah ke Skansen iaitu sebuah muzium terbuka dan zoo Sweden yang terletak di pulau Djurgården. Muzium ini diasaskan pada tahun 1891 oleh Artur Hazelius (1833-1901) untuk mempamerkan cara dan gaya hidup penduduk Sweden dari bahagian yang berbeza sebelum era industri.


Sejarah muzium ini bermula apabila tempoh perubahan paling besar yang berlaku pada abad ke-19 di Eropah dan Sweden tidak terkecuali. Kehidupan kedesaan yang selama ini diamalkan, telah berubah dengan begitu cepat menjadi masyarakat industri. Perubahan yang begitu drastik ini membimbangkan penduduk. Mereka takut adat dan pekerjaan tradisional mereka hanya akan menjadi sejarah.




Artur Hazelius, yang sebelumnya telah mendirikan Museum Nordic di pulau Djurgården ini, mendapat inspirasi dari muzium terbuka yang diasaskan oleh King Oscar II di Kristiania (Oslo, Norway) pada tahun 1881. Maka, sejak itu, Skansen sebagai muzium terbuka yang terletak di atas puncak bukit telah mendominasi pulau ini. Muzium ini telah menjadi model untuk pembukaan muzium terbuka lain di Scandinavia.



Pada awal pembukaan muzium ini, ianya adalah sebahagian daripada Muzium Nordic tetapi telah menjadi organisasi bebas pada tahun 1963. Maka, tidak hairanlah, sebahagian objek yang terdapat di dalam bangunan di Skansen masih menjadi milik Muzium Nordic.


Bagi melengkapi Skansen, Hazelius telah membeli sekitar 150 buah rumah dari seluruh Sweden (as well as one structure from Telemark in Norway) di mana struktur-struktur tersebut telah dihantar dengan kapal dan dipasang semula di muzium ini untuk memberi gambaran tradisi Sweden yang unik. Hanya tiga bangunan di muzium ini yang tidak asli di mana pembinaannya ditiru dari contoh yang ditemui. Semua bangunan dibuka kepada pengunjung dan menunjukkan pelbagai kehidupan Sweden dari Skogaholm Manor house yang dibina pada tahun 1680 sehinggalah ke rumah petani Älvros dari abad ke-16.


Perjalanan kami dari Lappkärrsberget ke sini memakan masa hampir 1 jam 30 minit. Sebaik sampai, kami terus menuju ke kaunter tiket. Untuk naik ke puncak bukit, kami perlu menaiki eskalator.


Seperti yang aku ceritakan di awal-awal tadi, muzium ini dibina khusus untuk memaparkan gaya dan cara hidup orang dahulu kala. Justeru, dari segi binaan sehinggalah ke peralatan, kebun, pekerjaan dan pelbagai lagi menceritakan kehidupan masyarakat Sweden dahulu kala. Muzium ini begitu luas dan satu hari suntuk perlu dihabiskan di sini bagi meliputi semua kawasan.

Menurut kepercayaan orang Sweden, membuang puting anak-anak di sini dapat menghentikan tabiat menghisap puting



Di sini juga, terdapat zoo dan di sini ditempatkan haiwan yang menjadi ikon bagi Sweden iaitu moose a.k.a elk. Haiwan ini adalah salah satu spesies rusa yang terbesar di dunia dan haiwan mamalia terbesar di Amerika Utara dan Asia Timur. Dalam keluarga rusa (Cervidae), hanya rusa yang lebih besar (Alces alces) yang digelar "elk" di Eropah dan rusa Sambar (Rusa unicolor) menyaingi "elk" dari segi saiz.



Seronoknya masuk ke zoo di sini kerana berpeluang melihat binatang yang lain dari zoo di negara sendiri. Antaranya adalah serigala dan juga beruang.



Semasa leka melihat anjing laut bermain di dalam air, kami terpandang satu keluarga dari Indonesia. Kami pernah bertembung dengan wanita tersebut ketika menunggu tunnel bana sebelum ini. Beliau yang mula menegur kami. Katanya, beliau datang mengikut suami yang bekerja di sini. Peramah sangat orangnya dan turut mempelawa kami datang ke rumahnya.


Puas berjalan di dalam muzium yang sangat luas ini, kami berhenti rehat sambil menikmati makanan tengahari di restoran yang terdapat di sini. Bagi memanaskan badan yang semakin sejuk ini, kami memesan secawan seorang kopi panas. Suhu yang semakin sejuk ini selain kerana musim luruh ianya turut dipengaruhi oleh kedudukan muzium yang terletak di atas bukit.



Kami meninggalkan kawasan ini ketika muzium hampir tamat waktu beroperasi.

Comel tak tupai ni? Kami jumpa kat taman ros. Dia tengah makan. Geramnya tengok tangannya yang kecik dan comel tuuu...




Keluar dari sini, kami menelusuri sekitar tasik yang sangat indah. Kata Qory, pada musim sejuk, air tasik ini akan menjadi beku dan boleh berjalan di atasnya. Syoknya kalau dapat peluang itu!




Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"