Posts

Showing posts from July, 2011

Beza omputih dan orang melayu bila travel...

Image
Kenapa omputih bila travel, beg tak besar gedabak macam beg kami? Macam nak pecah setiap beg yang dibawa. Kalau la beg tu boleh bercakap, dah lama kami kena maki :) Omputih kalau travel, tak perlu nak kisah bawa pakaian tebal. Singlet dan seluar pendek pun dah cukup. Tak pakai bra pun tak apa. Spenda pun belum tentu pakai. Tak pun, pakai side A dan side B :). Tudung dan anak tudung memang kompem la tak masuk list. Dah tu, tak perlu la nak bawa iron macam kami. Jimat dah ruang... Omputih juga boleh belasah makan apa aje. Tak ada istilah halal haram. Orang Melayu macam kami, siap angkut rice cooker, kettle dan segala lauk pauk segera. Masalah halal haram satu hal, lebih jimat bawa bekalan makanan sendiri. Kalau dah secawan kopi pun boleh capai RM15, travel 7 hari, maunya untuk kopi sahaja dah seratus ringgit habis. Ini adalah penimbang beg yang boleh tampung berat sehingga 40 kg. Sangat sesuai untuk bawa travel. Beras ni boleh dimasak dalam 3 minit aje. Beras jenis ni macam nasi yang dah...

Rome....yang pahit

Dari bandar Florence, kami sampai di Rome hampir pukul 11 malam. Sepatutnya sampai awal, tapi tren delay. Dari Roma Termini Station , kami naik metro menghala ke Tiburtina Station untuk ke Hotel Felice. Kat sini, kami dah mula didatangi perkara "tak best". Tren ni rupanya tak berhenti pun di stesen tersebut sebab under construction. Nasib baik la ada seorang makcik dalam tren tu yang bagitau tren tak berhenti kat situ. Bercakap macam ayam dan itik, sebab dia bercakap dalam bahasa Itali. Punya panjang lebar dia menerangkan, sepatah pun kami tak faham. Apa yang kami faham, dia nak kata tren tak berhenti di situ. Kami pun turun di Quintiliani Station . Tak tahu nak kemana dah. Cari jalan nak keluar dari situ pun satu hal. Terpusing-pusing tempat yang sama. Seorang manusia pun tak ada kat situ. Maklum, dah malam. Bila dah berjaya keluar dari situ, kami tanya pada pekerja Metro tu. Kami kena patah balik ke Bologna Station dan ambil shuttle bus kat situ untuk ke stesen Tiburtina...

Yeaaa! Bestnya dah balik rumah....

Lega rasanya bila dah sampai rumah (walaupun bukan rumah sendiri). Penat sangat rasanya berpindah randah dari sebuah bandar ke bandar lain selama 7 hari ni. Tambah penat bila berada di Rome, Italy yang mencatat kenangan pahit sebaik sahaja menjejakkan kaki di sana .Sikap dan layanan orang Italy memang sangat teruk! Patut la ramai orang Eropah puji sikap dan layanan orang Malaysia terhadap pelancong. Memang sangat berbeza, bagai langit dengan bumi. Mereka yang sebangsa pun boleh cakap orang Italy ni kasar dan teruk, apatah lagi la kita orang Timur. Tengok contoh dalam flight aje la. Pengalaman menaiki flight negara sendiri dan negara Eropah sudah cukup untuk aku katakan, masyarakat negara kita sangat berbudi bahasa. Rating untuk vacation kali ni, Rome jatuh tempat terakhir. Layanan teruk, bandar kotor dan hancing dengan bau kencing manusia. Sungguh menjijikkan.

Apa rasanya berada di atas awan?

Image
Dah lama tak update blog. Kali ni tak nak cerita panjang. Hanya nak berkongsi beberapa keping gambar yang diambil dari dalam flight ke Prague, Czech. Langit ni ada 7 lapisan, tapi bila berada setinggi ini pun masih tidak sampai waima ke lapisan langit pertama. Betapa tinggi dan agungnya ciptaan Allah. Apabila kapal terbang berada betul-betul di atas kepulan awan, sukar nak terjemah pemandangan tersebut dengan kata-kata. Hanya kepulan yang seakan buih sabun dan kadang-kadang apabila makin lama direnung, seolah membentuk lautan, terhampar di hadapan mata.