Yeaaa! Bestnya dah balik rumah....
Lega rasanya bila dah sampai rumah (walaupun bukan rumah sendiri). Penat sangat rasanya berpindah randah dari sebuah bandar ke bandar lain selama 7 hari ni.
Tambah penat bila berada di Rome, Italy yang mencatat kenangan pahit sebaik sahaja menjejakkan kaki di sana .Sikap dan layanan orang Italy memang sangat teruk! Patut la ramai orang Eropah puji sikap dan layanan orang Malaysia terhadap pelancong. Memang sangat berbeza, bagai langit dengan bumi. Mereka yang sebangsa pun boleh cakap orang Italy ni kasar dan teruk, apatah lagi la kita orang Timur.
Tengok contoh dalam flight aje la. Pengalaman menaiki flight negara sendiri dan negara Eropah sudah cukup untuk aku katakan, masyarakat negara kita sangat berbudi bahasa.
Rating untuk vacation kali ni, Rome jatuh tempat terakhir. Layanan teruk, bandar kotor dan hancing dengan bau kencing manusia. Sungguh menjijikkan.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak