Hari ke-2 kami di Prague. Pagi-pagi lagi dah bangun, breakfast roti yang dibuat oleh K.Yan. Bila lapar, semua sedap:). Plan hari ini, kami akan ke Old Town Prague. Apa yang ada di sini? Kat bandar lama ini terdapatnya Astronomical Clock, Charles Bridge, Wenceslas Square, Powder Gate, Old Town Square dan macam-macam lagi. Cuma, kena bersedia untuk mengoptimumkan tenaga anda terutama di bahagian kaki. Sebelum menuju ke destinasi dirancang, kami singgah ke shopping mall, Nový Smíchov yang terletak tidak jauh dari hotel. Tujuan ke situ satu je, nak cari ubat. Boleh jadi leka pulak sebab macam-macam ada. Nak-nak pulak dalam tu ada Tesco. Ronda dulu la, dan tiba-tiba, macam-macam menda pulak nak beli :). Waktu awal pagi ni, kebanyakan yang keluar shopping adalah warga emas. Semua menyorong beg beroda dan troli. Apa yang mereka shopping adalah barang-barang dapur. Memang tak nampak sangat la orang muda. Oh!Patutlah...hari ini Jumaat, waktu kerja laa...yang keluar ni orang-orang yang dah penc...