July, 21, 2011_Prague@Czech

Hello, hai...apa khabar? Anda yang sekali sekala buka blog ni mungkin bosan sebab dah lama tak ada update pasal journey pun kan. Kali ni nak kongsi perjalanan ke Prague.

Bandar ini merupakan bandar terbesar yang terletak di Republik Czech. Republik Czech ni terletak di tengah-tengah Eropah dan bersempadan dengan negara Jerman, Austria, Slovakia dan Poland. Penduduknya tak ramai, lebih kurang 10.28 juta.



Prague memang berbaloi untuk dikunjungi sebab sangat cantik, nyaman dan bandar yang boleh dijelajahi hanya dengan berjalan kaki. Dari Stockholm, kami ambil flight Norwegian Air yangdirect ke Prague. Berdasarkan pengalaman menginap di Hotel Ibis Malmo, kami memilih untuk menginap di bawah label yang sama di sini.


Hujan renyai-renyai serta berkabus menyambut kedatangan kami. Cuaca yang memang sedia kala sejuk bertambah sejuk. Tambah pula, dah malam. Jenuh juga nak cari transport ke hotel. Dengan pertolongan seorang lelaki tempatan yang juga sedang menunggu bas, kami berjaya sampai ke stesen Metro Zličín. Kami perlu ambil metro dari sini untuk ke stesen Anděl.






Perjalanan metro dari stesen Zličín ke Anděl tak lama. Menariknya, setiap kali tren ini melalui stesen-stesen lain, kami perhatikan dekorasi tiang dan dinding yang ada di setiap stesen tersebut berbeza warna dan bentuknya. Cantik!


Sampai sahaja di stesen Anděl, terkejut juga tengok eskalatornya. Tinggi ya amat. Jangan berani-berani nak toleh belakang bila dah sampai di tengah-tengah. Maunya rasa macam nak tergolek ke belakang.


Keluar dari stesen ni, sekali lagi kami tercangak-cangak. Tak tahu nak tuju arah mana walaupun peta ada di tangan. Nasib baik ada policie (polis) yang sedang bertugas di sekitar stesen tersebut. Merekalah yang memberi petunjuk arah.

Berjalan kaki lah kami mengikut arah yang ditunjukkan. Badan dah mula menggigil kesejukan. Tak ramai orang di jalanan waktu ni. Akhirnya, setelah berjalan lebih kurang 10 minit, sampailah kami ke hotel. Lega.

Nanti sambung episod ke-2 jalan-jalan di Prague ok :-)

Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"