July, 22, 2011_Prague@Czech (Part 1)
Hari ke-2 kami di Prague. Pagi-pagi lagi dah bangun, breakfast roti yang dibuat oleh K.Yan. Bila lapar, semua sedap:).
Plan hari ini, kami akan ke Old Town Prague. Apa yang ada di sini? Kat bandar lama ini terdapatnya Astronomical Clock, Charles Bridge, Wenceslas Square, Powder Gate, Old Town Square dan macam-macam lagi. Cuma, kena bersedia untuk mengoptimumkan tenaga anda terutama di bahagian kaki.
Sebelum menuju ke destinasi dirancang, kami singgah ke shopping mall, Nový Smíchov yang terletak tidak jauh dari hotel. Tujuan ke situ satu je, nak cari ubat. Boleh jadi leka pulak sebab macam-macam ada. Nak-nak pulak dalam tu ada Tesco. Ronda dulu la, dan tiba-tiba, macam-macam menda pulak nak beli :).
Waktu awal pagi ni, kebanyakan yang keluar shopping adalah warga emas. Semua menyorong beg beroda dan troli. Apa yang mereka shopping adalah barang-barang dapur. Memang tak nampak sangat la orang muda. Oh!Patutlah...hari ini Jumaat, waktu kerja laa...yang keluar ni orang-orang yang dah pencen.

Penimbang disediakan untuk memudahkan pelanggan anggar harga bagi setiap buah atau sayur yang diambil. Senang nak bajet kan?

Bestnya keluar pagi-pagi ni, bila lalu kedai bunga. Segar-segar bunga yang dijual dan ada pelbagai jenis dan warna. Teruja sangat tengok.
Ok, sudah. Destinasi masih jauh. Jom-jom...
Metro masih menjadi pilihan kami untuk ke destinasi dituju. Kami turun di stesen Náměstí Republiky yang bermaksud Republic Square. Di kawasan inilah terletaknya Powder Tower dan Municipal House.
Powder Tower atau juga dikenali sebagai Prašná brána dalam bahasa tempatan dibina pada tahun 1475 semasa pemerintahan Raja Vladislav II Jagiello. Ianya dibina sebagai salah satu daripada 13 pintu masuk ke Old Town. Namun, pembinaannya tidak dihabiskan kerana raja tersebut telah berpindah ke Prague Castle pada tahun 1483. Lapan tahun tu, pun tak habis siap.
Nama Powder Tower tu diletak sebab menara ni menjadi tempat menyimpan peluru bedil sejak abad ke-18.
Sekarang ni, pengunjung boleh naik ke atas menara ni kalau nak menikmati pemandangan Prague dengan lebih luas. Kami??? ambil gambar dari bawah sudah le...


Ramai pelancong yang melalui kawasan ini akan mengabadikan nama mereka di atas brick yang dijual di sini. Kemudian, brick tu akan disusun macam kat atas tu. Mahal sangat la, jadi kami putuskan...jangan membazir :)
Terletak di sebelah Powder Tower ni adalah Municipal House atau dikenali dengan nama Obecní dům. Ini adalah bangunan yang dijadikan pusat kebudayaan dan sosial Czech pada awal kurun ke-20. Bangunan Art Nouveau ini sangat terkenal di Prague. Di atas pintu masuk utama terlekat mozek yang sangat besar tertulis "Homage to Prague" oleh Karel Špillar.
Puas sudah bergambar kat sini, kami teruskan perjalanan. Kami melalui kawasan yang semakin sibuk. Sepanjang jalan, ada aje kedai menjual barangan kaca dan kristal. Memang cantik. Czech memang terkenal di dunia sebagai pengeluar barangan kaca dan kristal. Bohemian yang mahal ya amat tu asalnya dari sini la. Nasib baik kami bukan pencinta barang-barang mahal camni.
Dalam perjalanan mencari Old Town Square, kami masuk satu kawasan yang memang sesak dengan manusia. Ada pasar pagi rupanya. Macam pekan sehari, ada jual macam-macam. Dari cenderahati, baju hinggalah ke sayur dan buah. Leka jap kat sini. Tengok buah, lapar pun datang tiba-tiba. Tambah pulak tengah sejuk ni. Beli la sikit buah campur-campur. Mahal sangat, tak boleh nak beli banyak.
Penat menyusur lorong itu dan lorong ini, sampai akhirnya kami ke Old Town Square atau dalam bahasa tempatan digelar Staroměstské náměstí. Kawasan ini sudah berusia lebih 600 tahun tau.
Di sini, Astronomical Clock atau Jam Astronomi menjadi tempat wajib dilawati. Jam yang juga dikenali sebagai Pražský orloj, menghiasi dinding City Hall Old Town di sebelah selatan, dipasang pada tahun 1410.
Jam seumpama ini ada di beberapa buah negara yang lain seperti di Itali, Norway, Denmark, Sweden dan beberapa buah negara lagi. Tapi yang ada di Prague ni adalah yang ketiga tertua di dunia dan masih berfungsi sehingga hari ini.

Buktinya, setiap waktu, kedengaranlah dentingan jam ini. Uniknya lagi, dentingan jam akan diiringi dengan tiupan trumpet. Peniup trumpet ini akan mengalunkan muziknya di setiap sudut menara. Selesai tiupan, pengunjung yang sedang bersesak-sesak sejak kami sampai, akan bertepuk tangan. Patutlah ramai sangat yang berkerumun depan City Hall ni. Butiran lanjut mengenai jam ini akan dijadikan satu entri khusus.
Selain dari jam astronomi tu, apa yang ada di sini kebanyakannya adalah church lama seperti Church of Our Lady before Tyn dan St.Nicholas Church.
Satu lagi monumen paling besar di kawasan ini adalah patung reformer bernama Jan Hus (John Huss). Siapa pulak dah dia ni?
Beliau adalah salah seorang personaliti penting dalam sejarah Czech yang berkefahaman bahawa ajaran Katolik sepatutnya disampaikan dalam bahasa vernacular (native language) atau bahasa tempatan dan bukannya bahasa Latin. Idea tersebut telah menimbulkan kemarahan Vatican di Rome dan beliau telah dikutuk oleh Council of Constance serta dibakar pada tahun 1415. Kiranya, idea tersebut umpama bidaah la pada mereka.

Dari kawasan ini, kami menyusur jalan-jalan yang agak sunyi menuju ke Jewish Quarter atau Josefov. Terletak di antara Old Town Square dan Sungai Vltava, di sini adalah penempatan orang Yahudi pada abad ke-13. Sejarahnya, kaum ini dipaksa mengosongkan rumah asal mereka dan ditempatkan di sini beramai-ramai, diharamkan tinggal di tempat lain ketika tentera Nazi mula menguasai negara ini. Pergerakan serta aktiviti perdagangan mereka turut disekat. Khabarnya juga banyak peristiwa berdarah berlaku di sini ketika era anti Yahudi berlaku. Sehinggakan dinding yang memagari kawasan ini dikatakan bertukar warna akibat darah yang melumuri dinding tersebut.
Perjalanan seterusnya membawa kami sehingga ke Czech Philharmonic Orchestra House. Berhampiran muzium ini adalah Sungai Vltava. Ada kerusi. Cantik sangat la tu. Jom buka bekal. Cuaca sejuk memang membuat perut cepat lapar. Lepas makan nasi, pekena air teh panas. Nikmatnya...
Lepas makan, kami menyusur di tepi sungai untuk ke Charles Bridge. Satu lagi tarikan yang mesti dilawati bila dah sampai sini. Kawasan di sekitar jambatan ini memang sesak dengan pelancong.
Tapi sebelum merentas jambatan ni, seperti biasa, tempat wajib pergi..Hard Rock Cafe!
Tangan aku pun dah lenguh nak menyiapkan entri ini. Jadi, sambungannya....kena tunggu entri lain la ye.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak