Posts

Showing posts from April, 2012

FIP kah???

Masuk hari ketiga di wad ICU. Hari ni keadaan Citi sangat lemah. Badan semakin kurus dan lemah selemah-lemahnya. Risau nak angkat dia, takut akan menyakitkan seluruh badan dia. Bulu di bahagian kanan badan dah kena cukur sedikit untuk ujian ultrasound. Aku minta kain bersih dari petugas di situ. Nak riba juga Citi. Mengerekot dia tidur atas riba. Sedih hati ni hanya Allah yang tahu. Apa daya lagi untuk aku membantu? Dah dua kali Dr keluarkan cecair dari paru-paru Citi. Cecair yang dikeluarkan kali kedua ni berwarna kekuningan. Dr suspect penyakit FIP (Feline Infectious Peritonitis) disebabkan oleh virus. Tapi penyakit ni sebenarnya tak boleh disahkan 100%. Hanya bila kucing dah mati baru boleh pastikan FIP. Malangnya penyakit ini tak ada ubat. Hanya menunggu waktu ajal menjemput. Jangkaan hayat mungkin 3 bulan mungkin 6 bulan dengan kesihatan yang semakin merosot setiap hari. Apa patut aku lakukan lagi???

Perkembangan semalam dan hari ni.

Hasil dari keputusan x-ray dada Citi, Dr kesan ada cecair dalam paru-paru. Cecair yang bewarna sedikit merah tu dah dikeluarkan. Dr suspect masalah jantung atau kanser. Jadi, kena pergi test seterusnya pulak. Ujian leukemia. Lepas ujian semalam tu, dia dah ditempatkan di wad ICU untuk pemantauan lebih rapi. Update hari ni pulak, Dr kata kesihatan Citi makin merosot. Suhu drop dari paras normal. Asyik tidur dan kurang respon. Dr letak pad pemanas untuk panaskan badan dia. Ujian leukemia tu perlu dibuat cepat. Kesiannya Citi :(...Mungkin dia tertekan dengan bermacam ujian ke atasnya sejak tinggal wad. Published with Blogger-droid v1.7.4

Masuk wad lagi...

Image
Tiga hari dah kat wad Hospital Veterinar Universiti. Tiga hari lepas keluar wad haritu, setiap hari kena suap air dan makanan. Sampai satu tahap, Citi dah tak berdaya nak jalan. Kencing pun atas tempat tidur dia. Tapi, yang sedihnya, walaupun dia dah tak larat nak berjalan, pagi Isnin tu dia tetap setia tunggu depan pintu bilik aku. Walaupun dah tak mampu nak panggil aku macam biasa. Di hospital ni, macam-macam penyakit pulak dah Dr suspect. Susahnya hati:( Published with Blogger-droid v1.7.4

Balik akhirnya...

Image
Hari ditunggu dah tiba. Citi dah keluar wad. Sampai kat rumah, terus berjalan di balkoni. Cium2 daun bunga. Cumanya, hati sayu tengok dia berjalan mengengkang. Ada kalanya, jalan sikit dia terpelecok. Kaki tiba2 jadi lembik. Sepanjang di klinik, aku tak nampak dia berjalan. Tengok keadaan macam tu, terbit perasaan putus asa yang Citi akan sembuh seperti dulu. Tapi aku tau, perasaan macam tu harus aku buang jauh2. Sedaya mungkin aku akan jaga dia. Paling penting aku kena kuat semangat dan tidak berhenti mengharap semuanya akan kembali seperti dulu. Insyaallah... Published with Blogger-droid v1.7.4

Yeaaa..esok boleh balik!

Image
13 hari masuk wad, akhirnya esok boleh balik. Selama itulah juga, melawat dia menjadi rutin aku selepas kerja. Semalam je tak lawat sebab klinik tutup. Aku yang mintak nak bawa balik. Kesian Citi, takut lama-lama nanti dia stress tinggal situ. Harap-harap aku boleh jaga dia dengan baik. Bak kata Dr, kucing yang seusia Citi dan mengidap pula penyakit buah pinggang, perlu penjagaan sepanjang hayat. Paling utama, kena pastikan dia minum mencukupi untuk cuci darah. Suipi (ni ejaan sebenar nama Sweepe rupanya) mesti akan rindu pada Citi. Sebab katanya, Citi ni tak macam kucing2 lain. Macam manusia katanya. Hanya aku dan seorang lagi perempuan India yang menjadi pelawat setia kat situ. Hari2 dia bawa sup ayam untuk anjingnya. Aku namakan dia "chicken soup" Biasanya soalan aku pada Suipi, "Chicken soup" dah datang?" Gelak dia... Published with Blogger-droid v1.7.4

Sampai bila

Image
Selera makan on & off. Hari ni makan 15 biji biskut. Bila aku berbual dengan Dr tentang tahap kesihatan dia, Citi akan mendongak ke aku. Seolah nak kata, bawalah dia balik. Aku fikir, Jumaat ni nak discharge la. Cuba dulu jaga kat rumah dan tengok macam mana. Kesian, aku rasa dia mesti rindu nak balik rumah. Published with Blogger-droid v1.7.4

Hari ini

Image
Bila la boleh keluar wad ni... Published with Blogger-droid v1.7.4

Tangan sebelah kiri pulak

Image
Tukar drip tangan kiri pulak hari ni. Sebabnya Citi gigit sampai bocor tiub belah kanan hari tu. Bosan tak de menda nak buat dalam cage agaknya:) Kata Swepee, semalam Citi dah makan banyak. Letak biskut 16 biji, licin. Harap tu tanda Citi makin sihat. Hari ni pulak, bawak biskut Whiskas dari rumah. Kot selera bertambah dengan biskut biasa dia makan. Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat bertemu Jumaat...

Image
8 hari dalam wad. Masih kurang makan. Maknanya belum dapat pelepasan keluar. Published with Blogger-droid v1.7.4

Seminggu berlalu...

Image
7 hari dah masuk wad. Ujian sel darah hari ni menunjukkan sel darah merah makin turun. Dr Tan kata puncanya sebab ginjal dah tak boleh berfungsi dengan sempurna. Ginjal turut berfungsi dalam penghasilan sel darah merah. Esok belum tentu boleh keluar. Kesian Citi. Mesti rindu sangat nak balik rumah. Kucing yang pakai collar tu jiran sel Citi. Lagi kesian. Makan dan minum pakai tiub je. Hari ni je baru boleh makan guna mulut. Macam kat hospital manusia, klinik haiwan ni pun ada pelbagai jenis pesakit. Published with Blogger-droid v1.7.4

Semalam yg lupa nak update

Image
Lebih bersemangat. Alhamdulillah. Cuma kena force feed guna syringe. Published with Blogger-droid v1.7.4

Lebih bersemangat

Nampak segar dan bertambah baik Citi hari ni. Banyak dah bunyi dan nak dah datang dekat bila panggil.Happy sangat aku sampai terlupa nak ambik gambar. Mungkin Jumaat dah boleh keluar. Published with Blogger-droid v1.7.4

Hari ke-4...tak banyak perubahan

Image
Badan Citi menggeletar. Mungkin sebab makan sikit sangat hari ni. 4 biji biskut dan sedikit can food yang disuap oleh Swepee dengan menggunakan syringe. Tu, punya la tak mau tengok muka aku. Si Myanmar ni dok pujuk Citi dalam bahasa ibundanya. Jangan pulak la dah balik rumah, Citi tak paham bahasa Melayu. Berapa hari ni dok ngan Swepee, pembantu klinik warga Myanmar. Kesian Citi. Bau hancing sangat. Bergelumang dengan air kencing sendiri. Kata Swepee,tiap pagi dia keringkan Citi guna hair dryer. Erkkk, hair dryer? Sawan le Citi... Published with Blogger-droid v1.7.4

Hari ke-3

Image
Tak banyak perubahan hari ni. Malahan, dia macam merajuk dan marah pada aku. Bila aku mengadap dia di sebelah kiri, dia akan paling mukanya ke kanan. Begitu juga sebaliknya. Kata pembantu klinik tu, hari ni Citi tak makan dan minum. Kebanyakan masa dia hanya tidur. Mungkin kesan ubat atau dia bertambah sakit. Dari pathology report menunjukkan creatinine dalam kidney dia tinggi. Creatinine tu adalah sisa buangan yang dikeluarkan dari kidney. Bila creatinine tu tinggi, maksudnya fungsi buah pinggang dia dah menurun. Dalam laporan tu banyak yang bertanda * . Maksudnya paras normal bagi setiap perkara tu dah dilangkaui. Banyak penyebab masalah ginjal ni. Faktor usia pun ye. Semoga Citi cepat sembuh. Boleh balik rumah dan berborak dengan burung kat balkoni. Published with Blogger-droid v1.7.4

Citi hari ini...

Image
Confirm! Ginjal ada masalah. Masuk air sejak semalam untuk cuci darah. Pagi ni kata pekerja klinik tu, 25 biji biskut yang diletakkan, berbaki 8 biji. Alhamduillah, Citi nak juga makan. Citi stress duduk klinik. Anjing menyalak buat dia cemas. Sabar ye Citi. Dah ok nanti boleh balik rumah.. Published with Blogger-droid v1.7.4

masuk wad lagi..

Image
Citi tido wad lagi malam ni. Kali ni kat klinik Taman Serdang Raya. Lepas kerja, bergegas balik rumah, ambik dia dan terus cari klinik tu. Vet tu picit bahagian abdomen dia untuk paksa kencing. Nak buat urine test. Menjerit kesakitan Citi. Keluar la sikit air kencing, tapi tak sampai 2 minit lepas tu, mencurah air kencing dia keluar disusuli dengan darah. Nak menitik air mata tengok dia macam tu. Selang beberapa minit kemudian, darah keluar lagi dengan banyaknya. Anak mama ni sakit apa?:( Vet suspect ginjal dia bermasalah. Kena buat blood test esok untuk confirmkan penyakit tu. Ujian sel darah putih dan merah ok. Tak ada diabetes. Masa vet amik darah untuk ujian esok, aku yang tunggu kat luar bilik rawatan rasa macam nak masuk je dalam tu dan kata "doc, cukup lah, tak payah la buat.biar saya bawak balik je...." Hiba sangat dengar dia macam tu. Sebab teringat masa aku sakit baru-baru ni. Sampai tergolek menanggis meraung. Apatah lagi haiwan. Tak tahu nak cakap dia...

Jangan berulang kisah trajis di bulan April...

Image
Mac & April...hmm. Menduga sungguh. Tuan sakit. "Pak Abu" sakit. Citi pun sakit. Semalam dah masuk wad. Masuk air 200ml. Sakit, agaknya sebab tu dia jadi garang sangat. Ikut kata vet, pagi tadi nak buat blood test. Petang ni ambik bawak balik. Esok, baru boleh tahu result. Harapnya negatif. Dari 4.5 kg timbang bulan 9 tahun lepas, drop ke 3.3 kg timbang semalam. Sedihnya... Published with Blogger-droid v1.7.4