Yeaaa..esok boleh balik!
13 hari masuk wad, akhirnya esok boleh balik. Selama itulah juga, melawat dia menjadi rutin aku selepas kerja. Semalam je tak lawat sebab klinik tutup.
Aku yang mintak nak bawa balik. Kesian Citi, takut lama-lama nanti dia stress tinggal situ. Harap-harap aku boleh jaga dia dengan baik. Bak kata Dr, kucing yang seusia Citi dan mengidap pula penyakit buah pinggang, perlu penjagaan sepanjang hayat. Paling utama, kena pastikan dia minum mencukupi untuk cuci darah.
Suipi (ni ejaan sebenar nama Sweepe rupanya) mesti akan rindu pada Citi. Sebab katanya, Citi ni tak macam kucing2 lain. Macam manusia katanya.
Hanya aku dan seorang lagi perempuan India yang menjadi pelawat setia kat situ. Hari2 dia bawa sup ayam untuk anjingnya. Aku namakan dia "chicken soup"
Biasanya soalan aku pada Suipi, "Chicken soup" dah datang?" Gelak dia...

Published with Blogger-droid v1.7.4
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak