Baru semalam rasanya ke hulu ke hilir menguruskan pelbagai perkara. Pindah kotak dan barang kecil hari-hari ke rumah baru. Sampai ke kemuncak pindah sepenuhnya sebelum hari kemerdekaan 2017 dan menyambut hari raya qurban di rumah baru. Sedar tak sedar, dah menyambut sekali lagi sambutan kemerdekaan dan raya qurban. Pun selepas setahun, rumah masih dalam keadaan yang saya tidak puas hati susunannya. Tak dapat idea lagi bagaimana nak susun bagi hati dan mata puas memandang. Bila datang rasa nak mengubah suai dalam rumah, otak jadi tak berhenti berfikir. Ni lah masalah saya. Terfikir-fikir. Terbayang-bayang hasil idaman. Hahaa..ada tak yang perangai macam saya? Saya mula bosan tengok dinding rumah yang warnah cerah tu. Tambahan pula, bila disandarkan perabot ke dinding, nampak la kesan-kesan hitam di dinding. Sakit betul mata melihatnya. Dinding juga lama-lama dah nampak kesan tompokan kekuningan. Adakah ianya berpunca dari kualiti cat kapur yang digunakan oleh pem...
Meh kita cite sikit fakta mengenai Sweden. Negara ini merupakan sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia di Eropah Utara. Panggilan lain untuk Sweden adalah Sverige. Merupakan negara ke-3 terbesar di Kesatuan Eropah dengan kepadatan penduduk 9.3 juta. Ibu negaranya ialah Stockholm. Sweden merupakan negara socialis. Ni wilayah2 yang terdapat di Sweden: Ångermanland · Blekinge · Bohuslän · Dalarna · Dalsland · Gästrikland · Gotland · Halland · Hälsingland · Härjedalen · Jämtland · Lappland · Medelpad · Närke · Norrbotten · Öland · Östergötland · Scania (Skåne) · Småland · Södermanland · Uppland · Värmland · Västerbotten · Västergötland · Västmanland Lawatan aku ke sana sempat pergi ke 3 wilayah iaitu Uppland (Stockholm), Östergötland (Linköping) dan Uppland (Uppsala). Negara yang berjiran dengan Sweden adalah Estonia, Latvia (Negara ni aku dah pegi masa musim luruh 2008), Lithuania, Russia, Poland, Germany, Norway and Denmark. Merupakan negara 4 musim, aku difahamkan Sweden mengal...
Rabu, 30 April 2015 Jam 4.30 pagi, kami dikejutkan dengan wake-up call dari pihak hotel. Qory pantas bangun menyediakan sarapan. Kami dimaklumkan, pihak syarikat yang menguruskan aktiviti belon panas akan datang mengambil kami jam 5.30 pagi. Kelam kabut juga la kami bersiap. Tepat jam 5.15 pagi staff hotel dah call. Van yang akan membawa kami ke lokasi belon panas telah sedia menunggu. Kami orang pertama yang di pick-up . Selepas itu barulah van ini bergerak dari hotel ke hotel lain untuk mengambil pelancong lain. Kumpulan kedua yang diambil adalah orang dari Malaysia. Satu family Melayu dari Johor dan Singapura. Rancak la Qory berborak dengan makcik, seorang pesara guru, di dalam van yang gelap. Kami dibawa ke satu kawasan yang telah dipenuhi dengan manusia. Pemandu van ini menunjukkan tempat untuk kami solat subuh dan tempat untuk bersarapan juga ada disediakan. Roti dan air disediakan. Bancuh la sendiri. Lama juga kami menunggu disini. Tak pa...
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak