Posts

Showing posts from June, 2012

Khabar Citi

Image
Citi dah makin sihat. Boleh makan dan minum sendiri. Bertambah manja. Hari-hari minta duduk atas riba. Nak minta garu telinga. Masa kat wad, berat 3.10kg. Sekarang dah 3.60kg. Harap-harap sembuh sepenuhnya. Published with Blogger-droid v1.7.4

Switzerland@Zurich_Mei, 18, 2012

Image
Zurich Hari pertama sampai, kami tak sempat nak berjalan ke mana-mana. Sampai pun dah petang, dari airport ke hotel, jauh juga perjalanan. Kena tukar-tukar train dan tram. Tersalah turun stesen tram, macam nak tercabut nyawa mendaki bukit yang tinggi dengan bebanan dekat 10kg dibelakang untuk sampai ke Youth Hostel. Oleh kerana keputusan untuk ke Switzerland ini dibuat saat akhir, kami memang tak sempat nak cari info tempat-tempat menarik nak dilawati di setiap bandar yang akan dikunjungi. Hostel ini menyediakan kemudahan wifi, tapi hanya di lobinya sahaja. Malam itu, bersusah payah la Qory baca buku dan surf internet untuk pengisian aktiviti sepanjang di Switzerland. Aku hanya mampu menemani dia di dalam lena:)... Opernhaus Keesokkan harinya, pukul 8.30 pagi kami dah memulakan perjalanan. Berpandukan peta, kami tuju kawasan paling selatan di bandar Zurich, iaitu Opernhaus. Kalau masa yang ada terhad, pelancong dicadangkan ikut laluan yang bewarna hi...

Switzerland@a Glance_Mei, 18, 2012

Image
Switzerland menjadi pilihan pertama untuk dikongsi di dalam entri travel 2012. Kenapa Switzerland? Sebab utama kerana negara ini pertama kali dilawati berbanding Sweden dan Holland. Keduanya, sudah pasti kerana keterujaan aku pada keindahan negara ini sendiri. Geografi Switzerland yang terletak di Eropah barat, secara geografi dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Alps, Middle Land (Mittelland) dan Jura. Keluasan negara ini ialah 41,285 km persegi. Berdasarkan penemuan F ederal Statistical Office's (FSO) Population and Households Statistics (STATPOP), Switzerland, jumlah populasi negara ini ialah 7,952,600 orang penduduk. Negara lain yang berjiran dengan Switzerland ialah Jerman di utara, Perancis di barat, Itali di selatan dan Austria dan Liechtenstein di sebelah timur. Sumber : Google Matawang Matawang yang digunakan di sini ialah CHF atau nama penuhnya Swiss Franc. CH tersebut berasal dari singkatan nama Switzerland di dalam bahasa Latin iaitu...