Switzerland@a Glance_Mei, 18, 2012

Switzerland menjadi pilihan pertama untuk dikongsi di dalam entri travel 2012. Kenapa Switzerland?

Sebab utama kerana negara ini pertama kali dilawati berbanding Sweden dan Holland. Keduanya, sudah pasti kerana keterujaan aku pada keindahan negara ini sendiri.


Geografi
Switzerland yang terletak di Eropah barat, secara geografi dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Alps, Middle Land (Mittelland) dan Jura. Keluasan negara ini ialah 41,285 km persegi. Berdasarkan penemuan Federal Statistical Office's (FSO) Population and Households Statistics (STATPOP), Switzerland, jumlah populasi negara ini ialah 7,952,600 orang penduduk.

Negara lain yang berjiran dengan Switzerland ialah Jerman di utara, Perancis di barat, Itali di selatan dan Austria dan Liechtenstein di sebelah timur.


Sumber : Google

Matawang
Matawang yang digunakan di sini ialah CHF atau nama penuhnya Swiss Franc. CH tersebut berasal dari singkatan nama Switzerland di dalam bahasa Latin iaitu Confoederatio Helvetica. 

Bahasa dan agama
Empat bahasa digunakan di sini iaitu, German, French, Italian dan Romansh. Namun, hanya tiga bahasa  dikekalkan sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran iaitu German, French dan Italian. 

Switzerland tidak mempunyai agama rasmi. Tetapi, berdasarkan bancian yang dijalankan oleh jabatan statistik negara tersebut, didapati jumlah pengikut Roman Katolik adalah kumpulan beragama terbesar di sini. Antara tahun 2000 hingga 2010 pula, bilangan orang tanpa fahaman agama juga meningkat secara mendadak. Hm, makin moden, makin kurang kepercayaan manusia pada agama.

Ibu Negara Switzerland
Selama ini dalam pengetahuan am aku, Geneva adalah ibu negara Switzerland. Salah rupanya. Bern adalah ibu negara sebenar negara cantik ini.

Rancang perjalanan
Selama empat (4) hari tiga (3) malam berada di negara yang terkenal dengan pengeluaran coklat dan jam tangan itu, kami telah melawat ke enam (6) buah daerah.



Sebenarnya, jenuh juga nak buat susun atur perjalanan ke sana. Patut mula dari mana dulu? Nak cover berapa kawasan? Tinggal kat hotel ke hostel? Nak naik train ke flight? Untung balik hari Ahad ke Isnin? Semua tu kena ambil kira sebab melibatkan duit dan masa. Pening merancang dan menyediakan bajet serta alternatif plan.

Akhirnya, enam buah daerah yang terpilih dan menepati apa yang kami nak adalah Zurich, Bern, Interlaken Ost, Jungfraujoch, Lauterbrunnen dan Luzern.


Kami pilih untuk mulakan perjalanan di bandar yang terletak di utara dan kemudian turun ke selatan.

Bagi tujuan memendekkan entri supaya anda yang baca (terima kasih kerana baca) blog ni tak bosan, muak dan sewaktu dengannya, aku bahagikan keseluruhan perjalanan kepada beberapa entri.


Jadi, entri pertama Switzerland ini lah sahaja....

Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"