Travel Itinerary 2012 : Malaysia - Sweden - Holland - Switzerland

Malaysia - Stockholm

06 Mei 2012 
1. Sekali lagi Qatar Airways menjadi pilihan. Keluar dari rumah pukul 11 malam. Bermalam di KLIA. Terbang pada pukul 3.30 pagi. 
2. Landing di Doha hampir pukul 6 pagi. Matahari telah memancar dengan terik. Panas.
3. Transit 1 jam 45 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Stockholm.
4. Sampai di Stockholm pada pukul 2.00 petang. 
5. Suhu begitu sejuk. Angin yang kerap bertiup menambahkan kesejukan walaupun badan dilapisi berhelai pakaian.






                               
Stockholm - Amsterdam - Edam - Volendam - Marken

11 Mei 2012
1. Menaiki Norwegian Air dengan penerbangan pukul 6.30 petang. Menempuh perjalanan selama dua jam sebelum selamat mendarat di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.
2. Menginap di Ibis Hotel yang berhampiran lapangan terbang. Kemudahan shuttle bus disediakan dari Schiphol ke hotel. Mudah dan selesa.
4. Suhu di Amsterdam tak banyak beza dengan Stockholm. Sejuk. Berangin.




  
12 Mei 2012
1. Rancangan asal terpaksa dipinda. Oleh kerana hari ini dijangka hujan, hasrat untuk mengunjungi taman tulip, Keukenhof, terpaksa diubah. Aktiviti melawat Edam, Volendam dan Marken mengambil tempat.
2.  Sepanjang perjalanan menaiki bas samada ke Edam, Volendam mahupun Marken, mata kami terpukau dengan keindahan alam semulajadinya. Bukan itu sahaja, binatang-binatang ternakan yang ada diladang ditepi jalan itu sihat dan gemuk-gemuk belaka. Kebanyakkannya adalah biri-biri. Ada yang hampir tak nampak kaki dek kerana begitu gemuk.





13 Mei 2012
1. Netherland terkenal dengan keindahan taman tulip yang digelar Keukenhof. Sangat besar taman ini sehingga kami keluar ketika taman ini hampir ditutup. Pelbagai jenis serta warna tulip boleh ditemui. 
2. Menyelusuri ladang tulip dengan menaiki bot. Nasib baik la juga tak sewa basikal yang lebih mahal dari bot. Ladang-ladang ini telah pun di harvest. Hanya tinggal beberapa baris pokok tulip sahaja.








14 Mei 2012
1. Pengisian hari terakhir di Holland dengan mengunjungi Arena Amsterdam, iaitu sebuah stadium bola sepak. Seumur hidup, pertama kalilah bagi aku menjejakkan kaki ke stadium bola sepak. 
2. Menikmati makan tengahari di restoran Malaysian Restaurant WAU di bandar Amsterdam. Nasi goreng kampung berharga Euro 16.50. Hmmmm....
3. Pertama kali datang ke Holland, kami tidak menemui "I Amsterdam" letters. Kali ni, dapatlah posing puas-puas.
4. Masa dah suntuk untuk pusing bandar. Pukul 7 malam, kami kembali ke Schiphol airport. 
5. Pukul 9.30 malam, selamat meninggalkan bumi Holland.








Stockholm - Zurich - Bern - Interlaken Ost - Jungfraujoch - Lauterbrunnen - Luzern

18 Mei 2012
1. Perjalanan ke bumi Switzerland. Menaiki Swiss Air pada pukul 3.50 petang dengan menempuh perjalanan selama 2 jam 10 minit.
2. Destinasi pertama adalah Zurich. Setibanya di Zurich Airport, kami mendapatkan tiket Swiss Half Fare Card untuk semua perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Ini adalah bayaran tiket public transport yang termahal pernah kami belanjakan. Switzerland, kos sara hidup di sini sangat tinggi. No doubt!
3. Hostel Youth menjadi pilihan kerana harganya yang lebih murah.

19 Mei 2012
1. Check-out awal pagi. Beg disimpan di locker dengan bayaran CHF9.50.
2. Ekplorasi bandar Zurich. Opera house, Old Town, bridge dan pelbagai lagi. 
2. Air tasik sangat jernih dan bewarna hijau. Pernah tengok di dalam kalendar, ingatkan kehijauan air tasik hasil manipulasi photoshop, rupanya tidak.
3. Pukul 3 petang, mula bergerak ke Bern. Semua tempat-tempat menarik dilawati dengan hanya berjalan kaki.
4. Jam 8 malam, train dinaiki menuju ke Interlaken Ost.
5. Check-in di Youth Hostel juga. Sebuah hotel baru yang terletak berhampiran dengan stesen Interlaken Ost.





20 Mei 2012
1. Kemuncak perjalanan yang kami tunggu. Puncak gunung tertinggi di Eropah, Jungfraujoch, bakal kami jejaki.
2. Train terawal pada pukul 6.30 pagi menuju ke Lauterbrunnen berjaya dinaiki. Bertukar train di Kleine Scheidegg untuk menuju Jungfraujoch. Jumlah masa perjalanan dari Interlaken Ost ke Top Of Europe ini adalah 2 jam 30 minit.
3. Speechless! Berada di atas gunung salji????
4. Jam 12 tengahari, selamat tinggal Jungfraujoch.
5. Destinasi kedua, Trummelbach waterfalls. Deruan air terjun, penempatan di lembah gunung, semuanya indah.
6. Semuanya perlu cepat. Luzern sedang menanti.
7. Jauh perjalanan dari Interlaken Ost ke Luzern memakan masa 2 jam. Sepanjang jalan, mata ingin lena, tapi tarikan keindahan alam diluar sana begitu kuat.
8. Sesampainya di Luzern, hari telah gelap. Dah tak nampak kehijauan air tasiknya yang dikatakan sangat cantik. Singgah hanya 15 minit sebelum perjalanan diteruskan ke Zurich.
9. Bermalam di airport Zurich.  











21 Mei 2012
1. Penerbangan balik ke Stockholm seawal 6.50 pagi.
2. Semuanya mahal di Switzerland, berbaloikah dilawati???

     ......... PASTI! .............



Comments

Popular posts from this blog

About Sweden...

#4. Projek Mengecat

Tak ada "ong"