Posts

Showing posts from October, 2013

Cheese dan provokasi...

Tengah sambung entri pasal kembara tahun lepas, teringat cerita ni. Berlaku semasa kami menginap di Youth Hostel, Zurich. Kami turun breakfast awal pagi. Nak mula jelajah bandar ni awal la supaya boleh teruskan perjalanan ke Bern.  Semasa di cafe hostel tu, aku ambil roti. Lepas tu nak jodohkan la roti tu dengan cheese. Tengah pegang cheese tu, tetiba bahu aku dicuit dari belakang. Bila toleh, sorang mamat omputih ni dok cakap sesuatu dengan aku. Malangnya, dia bercakap bahasa apa entah. Bukan bahasa inggeris. Aku pun kerut-kerut dahi la. Sambil cakap tu sambil tunding kat cheese yang dah aku sepit tu. Dalam hati, apa hal mamat ni. Seriau ada gak. Sehinggalah sorang kawan dia tunjuk gambar yang ditampal pada bekas cheese tu.  Subhanallah.  'Kerbau pendek' rupanya. Cheese mengandungi bahan dari binatang tu. Astaghfirullahalazim...aku memang tak perasan langsung.  Lepas berterima kasih pada mat-mat saleh tu, aku pun beredar la ke bahagian makan...

July, 22, 2011_Prague@Czech (Part 2)

Image
Baca Part 1 di sini . Selesai "menyumbang" di Hard Rock Cafe, kami berpatah balik ke Charles Bridge. Apa la yang menariknya jambatan ni kan? Sampaikan disenaraikan sebagai salah satu tarikan bagi pelancong. Bukan ada apa pun. Ala, macam jambatan yang ada kat Malaysia ni lah pun kan. Menariknya, mortar jambatan ini dikatakan dibina hasil dari campuran telur, susu dan wine. Analisis kimia turut membuktikan bahawa wujudnya protein di dalam mortar tersebut. Dibina pada tahun 1357 atas arahan King Charles IV dan siap di awal abad ke-15. Dataran Old Town dan Lesser Town yang dipisahkan oleh Sungai Vltava dihubungkan oleh jambatan ini. Semasa awal-awal pembinaannya, ia digelar Karlův Most sehinggalah ditukar nama kepada Charles Bridge pada tahun 1870. Sebenarnya, Charles Bridge ni bukan lah jambatan pertama yang dibina merentangi Sungai tersebut. Pada tahun 1172, ketika era pemerintahan King Vladislav I, sebuah jambatan yang diberi nama Judith Bri...