Cheese dan provokasi...
Tengah sambung entri pasal kembara tahun lepas, teringat cerita ni. Berlaku semasa kami menginap di Youth Hostel, Zurich.
Kami turun breakfast awal pagi. Nak mula jelajah bandar ni awal la supaya boleh teruskan perjalanan ke Bern.
Semasa di cafe hostel tu, aku ambil roti. Lepas tu nak jodohkan la roti tu dengan cheese. Tengah pegang cheese tu, tetiba bahu aku dicuit dari belakang. Bila toleh, sorang mamat omputih ni dok cakap sesuatu dengan aku. Malangnya, dia bercakap bahasa apa entah. Bukan bahasa inggeris. Aku pun kerut-kerut dahi la. Sambil cakap tu sambil tunding kat cheese yang dah aku sepit tu. Dalam hati, apa hal mamat ni. Seriau ada gak.
Sehinggalah sorang kawan dia tunjuk gambar yang ditampal pada bekas cheese tu.
Subhanallah.
'Kerbau pendek' rupanya. Cheese mengandungi bahan dari binatang tu. Astaghfirullahalazim...aku memang tak perasan langsung.
Lepas berterima kasih pada mat-mat saleh tu, aku pun beredar la ke bahagian makanan lain. Dahhh..jadi usikan yang aku tak selesa pulak. Sekumpulan mat saleh tadi dah mula bercakap sambil gelak-gelak sesama mereka yang aku pasti sedang mentertawakan aku mengenai isu cheese tadi.
Tak cukup dengan itu, mula mengacah-acah letakkan makanan dalam pinggan aku. Mamat yang mula-mula cuit bahu aku tadi cuba halang kawan dia dari kacau aku. Wahh, macam filem tak? Ahakkss..ada hero dan aku la perempuan itu yang perasan jadi heroin...hahaha...
Tak..tak..bukan tu sebenarnya..
Aku tahu mamat yang dah mula nak ting tong tu cuba provok aku. Walaupun aku tak faham bahasa mereka, tapi boleh agak ayat-ayat yang keluar dari mulut mereka tu sedang mengata aku yang muslim ini.
Ingatkan bila mereka dah curi bertin-tin bir dari cafe dan naik ke bilik, perkara tu habis di situ.
Rupanya, tak lama kemudian muncul lagi grup mamat nih. Kali ni lagi melampau. Masing-masing pun dah bertambah ting tong. Sampaikan yang aku rasa agak baik tadi pun dah sama naik dengan kawan-kawan dia. Sambil bercakap yang entah apa-apa, teguk arak pastu ludah dekat meja kami. Wahh, melampau dah mereka nih.
Kami tahu mereka sedang membuat provokasi kerana kami muslim. Buat tak nampak, tak dengar dan tak tahu apa-apa. Sambil dalam hati berdoa semoga tidak terjadi perkara-perkara buruk pada kami.
Kami terus berbincang tentang plan kami hari tu. Akhirnya, mereka berlalu dari situ. Ahh, lega.
Itu bukan pengalaman pertama kena provok macam tu. Tahun 2009 atau 2010 dulu, semasa ke linkoping, ada sorang mat saleh mabuk ni boleh terjun dalam kolam yang itik je suka berendam. Nampak aje kami yang muslim ni, terus dok laung azan dalam kolam tu. Semoga dia benar-benar mendapat hidayahNya.
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak