Turki kami datang
"Boring la asyik kerja je...bila nak bercuti ni."
Perbualan aku dengan kawan pada satu hari.
"Jom g Germany nak?" Positif sungguh jawapan kawan aku.
Kenapa Jerman? Tanya aku. Jom la ke Turki. Kata aku lagi.
"Laaa bila lagi nak merasa drive atas highway yang tak ada had laju"...teruja sungguh dia.
"Takut la ke Turki. Macam tak sesuai nak backpacker sebab masalah bahasa." Tambah dia lagi.
hmmm..kata aku, tak kisah la kemana-mana pun janji bercuti.
Apa lagi, semangat membara makcik ni terus mengugel harga tiket. Ok masih mahal. Tak pe, hari2 boleh pantau since dah download apps Qatar Airways.
Begitu la beberapa bulan yang lalu, merancang untuk ke Jerman. Macam-macam dah kami gugel. Tapi itulah, kita hanya merancang, Allah lebih tahu apa yang sesuai dan terbaik.
Sejak banyak kes di eropah terutama di Perancis yang melibatkan orang Islam dikatakan pengganas dan menambah kebencian orang bukan Islam, jadi takut pula nak mengembara ke negara yang majoriti adalah bukan Islam.
Makanya, plan pun bertukar.
Yessss...Akhirnya destinasi kami ke Turki.
Wahhh terbayang dah dalam kepala aku gambaran Cappadocia yang aku baca dari sebuah novel. Apa tajuk novel tu ye..alaa lupa sungguh la. Nama penulis dia macam bermula dengan John...?? Ke silap???errr...abaikan
Dalam novel tu, penulis menggambarkan Cappadocia ni sebuah bandar yang dibawahnya ada banyak sangat kediaman2 rahsia tersembunyi (underground city). Banyak lorong-lorong kecil yang ditebuk sebagai laluan di antara batu2 yang sejuk dingin apabila disentuh.
Betul ke ada tempat begitu? aku tertanya sendiri. Bestnya kalau dapat pergi. Bisik hati aku lagi. Banyak sungguh berdialog dengan diri sendiri. Hahaha
Dipendekkan cerita, hujung bulan Mac 2015 kami beli tiket Qatar Airways. Setelah berminggu memantau harga tiket, tu la harga paling rendah kami dapat.
Kenapa Qatar pilihan kami? Sebab tak nak duduk dalam flight lebih 12 jam terus menerus. At least, kami boleh berehat dalam 1 jam 40 minit di darat sebelum meneruskan baki perjalanan kurang 5 jam lagi dari Doha ke Istanbul.
Sebenarnya ada la beberapa orang yang tanya tentang trip aku ni. Soalan paling fofular sudah tentu tentang kos a.k.a bajet. Insyaallah aku cuba pecahkan kepada beberapa bahagian macam biasa. Termasuk la nanti sebab kenapa kami pilih Qatar Airways.
Ok cukup untuk permulaan entri baru selepas berehat panjanggg..sambung nanti eh. Bila entah?? ^_^
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak