Posts

Cik Limah...Citi dah sihat:)

Image
Sementara tunggu cik limah datang   tengok Citi  kat rumah, tengok gambo dulu yek. Sori la cik limah...citi tak sempat nak posing ala fotogedik,eh silap fotogenik. Mama ni macam paparazi,alamak salah lagi....mamarazi Published with Blogger-droid v2.0.6

Switzerland@Jungfraujoch_Mei, 19, 2012 (Part 1)

Image
Seperti dirancang, tepat jam 6.30 pagi, kami dah terpacak dalam train. Nasib baik tempat simpan beg ada di  stesen keretapi ini. Mudah dan cepat kerja kami. Train digelar BOB (Berner Oberland Bahn) ini membawa kami dari Interlaken Ost sehingga stesen Lauterbrunnen. Di stesen ini, kami perlu bertukar train WAB (Wengern Alp Railway) menuju ke puncak Kleine Scheidegg yang berketinggian 2,061 meter di atas paras laut. Ini adalah keretapi jenis cogwheel yang terpanjang di dunia.  Keretapi ni nampak ketinggalan zaman sikit. Kerusi pun kayu aje. Seperti yang telah aku ceritakan di dalam entri ini , kami boleh memilih untuk naik train ke Lauterbrunnen atau Grindewald. Kedua-dua route tersebut akan menuju ke stesen yang sama, iaitu Kleine Scheidegg. Jungfraubahn Silapnya kami sebab tidak berapa memahami route keretapi yang dipanggil Jungfraubahn ini. Sepatutnya, kami pilih route Grindewald hala naik dan Lauterbrunnen hala turun. Alasan kenapa kami pilih ...

Switzerland@Interlaken Ost_Mei, 18, 2012

Image
Berbaloi kami berlari mengejar train sebelum jam 8.30 malam. Mengah?? Apa lah makna percutian kami kalau tak berpeluh dan penat dengan berlari dan mengejar train mahupun tram atau bas :)... Perjalanan menuju ke Interlaken Ost hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Walaupun sebelum menaiki keretapi ini, kami memang kepenatan, mata tak sanggup nak lena. Kenapa? Teruja sangat dengan pemandangan tasik dan juga gunung salji yang sangat jelas memutih. Sesampainya di Interlaken Ost, gunung ganang bersalji makin jelas kelihatan dan seperti memagari kawasan ini. Suhu makin sejuk. Suasana juga makin sunyi. Bukan sunyi, aman sebenarnya.  Sekali lagi, berjalan kakilah kami mencari Youth Hostel. Dalam websitenya tulis "next door" to Interlaken Ost Station. Jenuh juga mencari, rupanya hostel ini berada di sebelah bangunan yang dalam pembinaan. Disekitar hostel baru ini sendiri pun belum kemas sepenuhnya. Kami dikira merasmikan bilik yang disewa sebab hostel in...

Switzerland@Bern_Mei, 18, 2012

Image
Bern wajib dilawati kalau anda datang ke Switzerland. Kenapa? Bacalah entri ini sehingga habis.  Bern atau Bern digelar juga Berne, Berna dan Bärn mengikut bahasa German, Italian dan French. Sejak 1983 bahagian tertua bandar ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bern juga turut diiktiraf antara 10 bandar di dunia yang mempunyai kualiti hidup terbaik. Menurut lagenda, nama bandar ini diperoleh apabila pengasas Bern iaitu Duke of Zähringen berikrar untuk menamakannya dengan nama beruang, haiwan pertama yang ditemui ketika berburu. Sepanjang berada di bandar ini, kami hanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang nak dilawati. Kalau anda bercadang nak datang ke bandar ini, pakailah kasut yang sesuai sebab bentuk muka bumi bandar ini berbukit. Sebab itulah, waktu nak berpatah balik ke stesen keretapi, kami naik bas sebab dah tak larat sangat nak menapak jauh di kawasan berbukit. Old Town (Altstadt) Bandar ini sangat santai da...