Switzerland@Jungfraujoch_Mei, 19, 2012 (Part 1)
Seperti dirancang, tepat jam 6.30 pagi, kami dah terpacak dalam train. Nasib baik tempat simpan beg ada di stesen keretapi ini. Mudah dan cepat kerja kami.
Train digelar BOB (Berner Oberland Bahn) ini membawa kami dari Interlaken Ost sehingga stesen Lauterbrunnen. Di stesen ini, kami perlu bertukar train WAB (Wengern Alp Railway) menuju ke puncak Kleine Scheidegg yang berketinggian 2,061 meter di atas paras laut. Ini adalah keretapi jenis cogwheel yang terpanjang di dunia. Keretapi ni nampak ketinggalan zaman sikit. Kerusi pun kayu aje.

Seperti yang telah aku ceritakan di dalam entri ini, kami boleh memilih untuk naik train ke Lauterbrunnen atau Grindewald. Kedua-dua route tersebut akan menuju ke stesen yang sama, iaitu Kleine Scheidegg.
Jungfraubahn
Silapnya kami sebab tidak berapa memahami route keretapi yang dipanggil Jungfraubahn ini. Sepatutnya, kami pilih route Grindewald hala naik dan Lauterbrunnen hala turun.
Alasan kenapa kami pilih route ke Lauterbrunnen adalah kerana di sinilah terletaknya air terjun yang digelar Trummelbach Falls (Trümmelbachfälle) yang kami ingin lawati. Kalau pilih route ke Lauterbrunnen hala balik pun tak salah sebab kami telah putuskan untuk ke air terjun ini waktu turun dari Jungfraujoch. Itulah silapnya percaturan kami.
Tidak mengapa, rezeki kami hanya setakat itu. Itupun telah banyak pengalaman dan keindahan yang telah kami tatapi sepanjang jalan.
Percayalah, mata anda tidak akan sampai hati nak tertutup sepanjang jalan. Pemandangan sepanjang jalan bukan sahaja sangat, malahan tersangat cantik serta menakjubkan. Landasan keretapi yang melalui River Lütschine, air yang deras mengalir dan memukul batu jelas dapat dilihat. Salji yang mula kami lihat menepek di atas tanah dan dahan pokok, menandakan kami berada semakin tinggi di atas gunung ini. Wah, macam tu rupanya salji. Tebal dan keras.
Sepanjang jalan ini juga, mata kami terpukau melihat air terjun yang turun di celah-celah batu. Merata-rata anda boleh menyaksikan pemandangan sebegitu. Mulanya, hati masih bertahan dengan hanya melihat dan mulut tak henti-henti berkata "wah!Cantiknyaaa...". Lama kelamaan, apabila kawasan kami lalui ini makin memutih diliputi salji, jangan bazir masa. Tangkap gambar!
Buka aje tingkap, nah udara sejuk menyerbu ke muka. Biarlah awning tudung seperti dilanda tornado sekalipun. Atau badan macam nak terbang ditiup angin katrina. Tak peduli. Asalkan, semua yang cantik itu boleh ditatap lagi kemudian hari.
Keretapi dari Lauterbrunnen ini membawa kami sehingga ke stesen Kleinne Scheidegg. Di sini, dapat dilihat track keretapi dari Grindelwald dan Lauterbrunnen digabungkan. Perjalanan sepanjang 9 km dari stesen ini hingga ke puncak gunung Jungfraujoch, perlu melalui dua terowong. Di setiap terowong ini, penumpang boleh keluar dari keretapi dan diberi masa 5 minit untuk melihat pemandangan mahupun mengambil gambar melalui tingkap kaca besar yang disediakan.
Terowong pertama yang dilalui selepas stesen Eigergletscher, ialah Eigerwand (9400 ft). Putihnya di luar sana. Salji yang semakin tebal.
5 minit yang diberi cepat benar berlalu. Jungfraubahn meneruskan perjalanannya sehingga ke Eismeer (See of Ice). Masa diberi untuk menikmati keindahan dari sini juga 5 minit.
Bukan sedikit rasa kagum kami terhadap usaha yang telah dimulakan oleh negara ini sejak 100 tahun yang lalu untuk menjadikan kawasan pergunungan ini sebagai destinasi pelancongan. Ketika negara lain masih lagi berhempas pulas menuntut kemerdekaan daripada dijajah di tanah tumpah darah sendiri, Switzerland telah pun berjaya menebuk gunung yang diliputi salji untuk membina terowong laluan keretapi.
Sejarah
Tahukah anda, sejak tahun 1860 lagi, rancangan untuk membina landasan keretapi di Jungfrau telah mula diutarakan. Namun, rancangan tersebut gagal kerana masalah kewangan.
Hanya 36 tahun selepas itu, perancangan mula menjadi kenyataan. Pembinaan landasan keretapi tertinggi di Eropah dimulakan.
Selepas melalui beberapa peristiwa dan trajedi (letupan, kebakaran), pada bulan Februari 1912, akhirnya pekerja terowong telah berjaya memecahkan glacier di Jungfraujoch. Dengan itu, stesen Junhfraujoch dirasmikan pada 1 Ogos 1912.
Tahun ini genaplah 100 tahun sejarah pembinaan Jungfraubahn. Sehingga kini, Jungfraubahn masih memegang title highest railway di Eropah.
Sejak dari perasmian pertama pada tahun 1912 tersebut, kemudahan-kemudahan lain ditambah satu persatu.
Cukuplah setakat ini hidangan Bahagian Pertama...jumpa lagi di Bahagian Kedua. Bila???
Jungfraubahn
Silapnya kami sebab tidak berapa memahami route keretapi yang dipanggil Jungfraubahn ini. Sepatutnya, kami pilih route Grindewald hala naik dan Lauterbrunnen hala turun.
Alasan kenapa kami pilih route ke Lauterbrunnen adalah kerana di sinilah terletaknya air terjun yang digelar Trummelbach Falls (Trümmelbachfälle) yang kami ingin lawati. Kalau pilih route ke Lauterbrunnen hala balik pun tak salah sebab kami telah putuskan untuk ke air terjun ini waktu turun dari Jungfraujoch. Itulah silapnya percaturan kami.
Route Jungfraubahn
Percayalah, mata anda tidak akan sampai hati nak tertutup sepanjang jalan. Pemandangan sepanjang jalan bukan sahaja sangat, malahan tersangat cantik serta menakjubkan. Landasan keretapi yang melalui River Lütschine, air yang deras mengalir dan memukul batu jelas dapat dilihat. Salji yang mula kami lihat menepek di atas tanah dan dahan pokok, menandakan kami berada semakin tinggi di atas gunung ini. Wah, macam tu rupanya salji. Tebal dan keras.
Buka aje tingkap, nah udara sejuk menyerbu ke muka. Biarlah awning tudung seperti dilanda tornado sekalipun. Atau badan macam nak terbang ditiup angin katrina. Tak peduli. Asalkan, semua yang cantik itu boleh ditatap lagi kemudian hari.
Keretapi dari Lauterbrunnen ini membawa kami sehingga ke stesen Kleinne Scheidegg. Di sini, dapat dilihat track keretapi dari Grindelwald dan Lauterbrunnen digabungkan. Perjalanan sepanjang 9 km dari stesen ini hingga ke puncak gunung Jungfraujoch, perlu melalui dua terowong. Di setiap terowong ini, penumpang boleh keluar dari keretapi dan diberi masa 5 minit untuk melihat pemandangan mahupun mengambil gambar melalui tingkap kaca besar yang disediakan.
Bukan sedikit rasa kagum kami terhadap usaha yang telah dimulakan oleh negara ini sejak 100 tahun yang lalu untuk menjadikan kawasan pergunungan ini sebagai destinasi pelancongan. Ketika negara lain masih lagi berhempas pulas menuntut kemerdekaan daripada dijajah di tanah tumpah darah sendiri, Switzerland telah pun berjaya menebuk gunung yang diliputi salji untuk membina terowong laluan keretapi.
Sejarah
Tahukah anda, sejak tahun 1860 lagi, rancangan untuk membina landasan keretapi di Jungfrau telah mula diutarakan. Namun, rancangan tersebut gagal kerana masalah kewangan.
Hanya 36 tahun selepas itu, perancangan mula menjadi kenyataan. Pembinaan landasan keretapi tertinggi di Eropah dimulakan.
Selepas melalui beberapa peristiwa dan trajedi (letupan, kebakaran), pada bulan Februari 1912, akhirnya pekerja terowong telah berjaya memecahkan glacier di Jungfraujoch. Dengan itu, stesen Junhfraujoch dirasmikan pada 1 Ogos 1912.
Tahun ini genaplah 100 tahun sejarah pembinaan Jungfraubahn. Sehingga kini, Jungfraubahn masih memegang title highest railway di Eropah.
Cukuplah setakat ini hidangan Bahagian Pertama...jumpa lagi di Bahagian Kedua. Bila???
Comments
Post a Comment
Ingatlah...Setiap Perkataan Diadili Kelak