Posts

#4. Projek Mengecat

Image
Baru semalam rasanya ke hulu ke hilir menguruskan pelbagai perkara. Pindah kotak dan barang kecil hari-hari ke rumah baru. Sampai ke kemuncak pindah sepenuhnya sebelum hari kemerdekaan 2017 dan menyambut hari raya qurban di rumah baru. Sedar tak sedar, dah menyambut sekali lagi sambutan kemerdekaan dan raya qurban. Pun selepas setahun, rumah masih dalam keadaan yang saya tidak puas hati susunannya. Tak dapat idea lagi bagaimana nak susun bagi hati dan mata puas memandang.   Bila datang rasa nak mengubah suai dalam rumah, otak jadi tak berhenti berfikir. Ni lah masalah saya. Terfikir-fikir. Terbayang-bayang hasil idaman. Hahaa..ada tak yang perangai macam saya? Saya mula bosan tengok dinding rumah yang warnah cerah tu. Tambahan pula, bila disandarkan perabot ke dinding, nampak la kesan-kesan hitam di dinding. Sakit betul mata melihatnya. Dinding juga lama-lama dah nampak kesan tompokan kekuningan. Adakah ianya berpunca dari kualiti cat kapur yang digunakan oleh pem...

Cappadocia_Day 1@Part I

Image
Rabu, 30 April 2015 Jam 4.30 pagi, kami dikejutkan dengan wake-up call dari pihak hotel. Qory pantas bangun menyediakan sarapan.  Kami dimaklumkan, pihak syarikat yang menguruskan aktiviti belon panas akan datang mengambil kami jam 5.30 pagi. Kelam kabut juga la kami bersiap. Tepat jam 5.15 pagi staff hotel dah call. Van yang akan membawa kami ke lokasi belon panas telah sedia menunggu. Kami orang pertama yang di  pick-up . Selepas itu barulah van ini bergerak dari hotel ke hotel lain untuk mengambil pelancong lain. Kumpulan kedua yang diambil adalah orang dari Malaysia. Satu family Melayu dari Johor dan Singapura. Rancak la Qory berborak dengan makcik, seorang pesara guru, di dalam van yang gelap. Kami dibawa ke satu kawasan yang telah dipenuhi dengan manusia. Pemandu van ini menunjukkan tempat untuk kami solat subuh dan tempat untuk bersarapan juga ada disediakan. Roti dan air disediakan. Bancuh la sendiri. Lama juga kami menunggu disini. Tak pa...

Dari Kuala Lumpur ke Cappadocia

Image
KUALA LUMPUR - Selasa, 28 April 2015 Hari yang sangat sibuk sebelum percutian bermula. Hampir jam 8.30 malam baru boleh meninggalkan pejabat. Sampai di rumah, terus berkemas rumah ala kadar, packing baki barang yang masih di luar beg dan buat macam-macam perkara lagi. Target nak naik tren akhir jam 12.20 pagi ke KLIA. Sebab teksi sesat, tak jumpa rumah aku, makanya, terlepas tren akhir itu. Melayang hampir RM80 sewa teksi terus ke KLIA. Sampai di KLIA, kaunter agak lengang. Alhamdulillah, urusan check-in berjalan lancar dan selesai cepat. Kami terus menuju ke terminal antarabangsa. Flight QR853 menuju ke Doha selamat meninggalkan bumi Malaysia jam 3 pagi. Badan yang memang sudah terlalu letih mudah aje membuatkan mata terlena sebelum flight betul-betul terbang dengan stabil. Sedar-sedar, hidangan malam sampai sejam selepas itu. DOHA - Rabu, 29 April 2015 Selamat mendarat di Hamad International Airport jam 5.30 pagi waktu Doha. Beza waktu Doha lewat 5 jam d...